Beginikah Sejarah Bukit Kepong Di Bukukan?

Saya rakamkan disini kenyataan pembohongan antara Pemuda UMNO dan Polis DiRaja Malaysia. Dan sekarang mereka sedang berlumba mendedahkan pembohongan mereka.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Seri Rezal Merican mengadakan sidang akhbar di Pulau Pinang Sabtu mendakwa berlaku korupsi dalam pembiayaan bil rawatan Mat Sabu di KPJ Selangor Specialist Hospital yang menelan belanja RM8,434 oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBA).

Beliau dimasukkan ke dalam hospital pada 15hb Julai jam 9:28 pagi dan keluar pada 18hb Julai 2011 jam 11:02 pagi dan menginap di bilik WVIP/VP katil nombor 520.

Siapa pun tidak berhak mempertikaikan pembayaran bil itu jika ia untuk rawatan sakit biasa.

Apa yang dipertikaikan ialah rawatan berkenaan kerana kecederaan semasa terlibat dalam perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu.

Ingat kes beliau dakwa dilanggar kereta polis.

Video polis pula menunjukkan beliau terjatuh dari motosikal kerana terlanggar bahu jalan semasa berpatah balik bila dipintas kenderaan polis di Bukit Persekutuan,Kuala Lumpur hari itu.



Apabila Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rashid berbohong dengan kenyataan beliau ini.

Dengan memberi bukti bohong, kononnya Polis telah dapat Medical Report dari Doktor Hospital yang Mat Sabu dihantar oleh Polis, Salleh mendakwa kecederaan Mohamad bukan sesuatu yang serius kerana tiada keretakan.
“Saya tidak tahu mengapa dia menggunakan kereta roda,” kata Salleh lagi.

Kenyataan Polis ini akan jadi buku sejarah, dan menjadi rujukan dan digazetkan.

Beginikah sejarah Bukit Kepong dirakamkan?

Polis yang sama seperti Dato Salleh inikah yang menjadi Polis Bukit Kepong ? Mat Sabu pula akan dikisahkan sebagaimana dikisahkan hidup Mat Indera?

Anak generasi akan datang akan dibentangkan dengan fakta pengkianat seperti diatas . Maka sejarah Bukit Kepong akan berulang pada peristiwa bersih 2.0 dimasa akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.