Bina Peluang dan Rancakkan Ekonomi
Mereka yang berjaya menjadikan Khemah sebagai Medan Ekonomi.
Peniaga diajak dan di Galak Beriringan Berdawa'ah

Menghidupkan Kegiatan dan Merancakkan Usaha yang Berjaya Mencecah RM 1-2juta Pada Setiap Sesi
Sekali lagi memperingati bulan Ramadhan yang menjadikan permulaan pelancarannya, dan sekali lagi malam penghabisan sempena cabutan bertuah berlangsung dari pukul 11.00 malam sehingga pukul 2.00 pagi dan merupakan satu peristiwa yang pertama kali terjadi. Boleh dikatakan semua agak lengtok tetapi apabila mengenangkan hadiahnya sebuah kereta ramai yang tunggu manalah tahu raya kali ini boleh berkereta atau tambah kereta bagi mereka yang sudah mempunyainya.
Suasama malam itu amat mempersonakan sekali kerana penganjur dan krew yang terlibat semuanya berbaju raya bersongkok dan bersamping segak, bergaya atau kata lain kacak.
Cabutan kali ini menyaksikan orang Permatang Tinggi 'C' yang kini menetap di Padang Serai amat bertuah sekali kerana memenangi sebuah kereta terpakai Proton Auroback berwarna putih.
Malam itu juga jualan lelong diadakan dan ramai pengunjung menunggu sehingga peniaga menjual kuih muih dengan harga paling rendah iaitu 4 kotak dengan harga RM10.00.
Sekali lagi sekalung tahniah pada Syarikat Tunas Indah Niaga Enterprise kerana berjaya melaksanakan misinya berkampung sebulan di Kios, Bertam sehingga malam raya Aidil Fitri.
Ini bermula pada tahun 2008 apabila kami mula berkenalan dalam rancangan Lajnah Ekonomi PAS Pulau Pinang, yang mana saya sebagai Pengerusi peringkat Negeri pada masa itu'
Mereka bersama bersetuju membina kekuatan Ummah menggunakan instrumen perdagangan dan perniagaan. Saya cuba gariskan pada masa itu seperti berikut;
1. Menggalakan Berusaha dan Berdikari sekaligus Membebaskan Diri Dari Belenggu Politik dan Subsidi Serta.
2. Melibatkan Peniaga Dalam Usaha Dawa,ah 'Bil-Hal'
3. Menjadikan Peniaga dan Perniagaan Beriringan dalam Perjuangan Menegakkan Islam .
Usaha ini terus berkembang apabila kerajaan Pulau Pinang dan Kedah di kuasai oleh PR, dimana saya telah berunding dengan pihak kerajaan, bagi menggalakan 'Usahawan Jalanan' seperti di Negara Maju.Alhamdullah, cadangan saya di terima menjadikan aktiviti kerajaan di kedua negeri utara Malaysia ini.

Comments