Mahabah Ramadhan @ Syawal


Malam tadi ,disaat-saat akhir Ramadhan, saya berkesempatan lagi dengan izin Allah menjalankan kerja-kerja Amal dengan bantuan kawan-kawan semua. Bertempat di Karnival Mahabah Ramadhan @ Syawal di KIOS Bertam, Kepala Batas, majlis dianjurkan dengan tetamu yang agak istimewa.

Sedang mendengar Imam wirid, tahlil, sebelum berdoa dan berbuka puasa



Kami dihadirkan bersama dengan Imam Besar Masjid Zahir,Alor Setar, SYEIKH ROSLAN B HAJI ABD HALIM AL HAFIZ B.C.K , saya sempat berbuka puasa denga beliau dan beliau juga sudi membaca doa selamat dan doa makan sekali gus berbuka puasa beramai-ramai . Semasa berbuka saya sempat bertanya belaiu,'Raya ni Khutbah di mana?' Di Masjid Negeri Kedah! jawab Syeikh, Sultan sembahyang disitu ka?, tanya saya lagi, Ya! Tuanku sembahyang di situ la selalu Raya! jawab Syeikh. Saya baru tersedar yang saya bersam Imam diRaja le.



Beliau juga telah sudi mengimamkan solat jamaah, Magrib, Isyak dan Tarawih di lapangan KIOS yang di sertai oleh orang ramai dan peniaga disitu.Ini satu fenomena baru yang di perkenalkan di expo dan Karnival, yang mana sebelum ini, tempat sebegini di isi dengan kegiatan yang largha. Alhamdulliah! kawan-kawan saya yang menjadi peniaga bersedia bersama saya,.. berubah, sempena seruan Al-Quran di bulan Ramadhan 'Moga Kamu Lebih Bertaqwa'



Bersama Tuan Haji Pengarah Mutiara Infaq,
Komiti Anak Yatim, sampaikan sumbangan

Malam ini juga, majlis di berkati dengan kehadiran 20 anak yatim, yang didatangkan dari sekitar Kepala Batas, Anak Yatim yang masih tinggal bersama waris mereka ini, amat gembira dengan hadiah sumbangan di Pentas Utama dan ketika melawat gerai jualan.

Semasa sedang minum berehat, selepas berjalan bersama anak yatim, saya dimaklumkan pemberita, 'ada orang jelous dengan U ni, sebab dok buat banyak program kebajikan'. Saya tanya dia 'saya buat salah ka!'. Tak ! sebab mereka tak dapat duit yang U dok derma tu!, kalau boleh depa ni, nak U bagi duit dan dia yang buat kegiatan ni!


Nasib le.............biar Allah yang hukum!.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing