Pemimpin Berlumba nak ke Pulau Betong Kampung Aku

Berkongsi celoteh Pengerusi JKKK Pulau Betong, Dato Seri Anuar dan Saya.
YAB Lim Guan Eng, YB Yusmadi, YB Dato Speaker, YB Mansor Tim1,
berbaris menyampaikan sumbangan di Masjid Pulau Betong.
Berbuka dengan YAB KM.DSAI,Dato Speaker, YB Timbalan KM1.


Saya dipanggil balik kampung untuk bersama bagi menyambut pimpinan Politik dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.Pengerusi JKKK kata, Ni,semua pembesar nak mai Pulau Betong, Hang kena ada, jangan tak balik mai!
Majlis yang bermula jam 5.30 petang di hadiri ramai penduduk kampung, dan kampung jiran, seperti Kampong Perlis, Kampung Terang, Kg Simpang Empat Genting.Seramai 86 penerima sumbangan juga turut hadir.
Dato Seri Anuar, dalam ucapan beliau mengingatkan orang ramai supaya menghayati Ramadhan , supaya tidak mlakukan keburukan untuk membuat kebaikan,seperti ambil rasuah RM10juta, kemudian belakon dengan menyampaikan derma RM10 ribu, bagi menutup kesalahan beliau.

YAB Lim Guan Eng pula, menyeru supaya mereka yang menabur fitnah berhenti berbuat begitu di bulan Ramadhan. Mereka buat gambar saya sembelih kerbau! keluh beliau.Sepatutnya Dato Seri Anuar menjelaskan rancangan masa depan Malaysia, sekiranya PR ambil Putrajaya, sebaliknya Anuar terpaksa membela dan menjawab bagi pihak saya, saya malu la! Kata beliau lagi.
Mari lah kita majukan negeri ini, berhenti lah tabur fitnah! seru YAB.

Semalam saya ziarah kawan lama Dr Hamdan EXCO Kedah, yang kematian seorang anak beliau, manakala seorang lagi masih koma di Hospital Sungai Petani, kerana terlibat kemalangan jalanraya semasa menjemput adik (yang mati) dari Sek Agama Sik.Kereta yang di pandu abang(masih koma) terbabas dan menakibatkan mereka berdua cedera dalaman.
Dalam masa di rumah beliau, seorang guru bertanya saya, 'macam mana dengan cerita peniaga pasar Ramadhan KOMTAR'. Baru saya sedar yang berita itu berjaya menipu rakyat luar Pulau Pinang. Patut lah YAB Lim Guan Eng rasa resah dengan isu dan fitnah keatas beliau.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan