Kukuhkan dan Teguh

Mesyuarat yang di hadiri oleh 100% Jawatankuasa Mutiara Infaq ini juga, adalah petanda kesungguhan mereka untuk bergerak maju dan lebih berkesan lagi.

Kegiatan kebajikan dan sumbangan yang bergerak 4 kali sebulan ini, bakal menerima lebih banyak sumber kewangan dan barangan. Ini disahkan dalam mesyuarat, dimana selepas acara di Stadium Alor Setar pada 26 September 2010 , yang di hadiri oleh YB Mohamad Nasir Mustapa, bagi mewakili Kerajaan Negeri Kedah.
Beberapa individu dan agensi, telah berhubung dan menawarkan secara langsung bantuan kewangan dan infrastruktur, sekiranya Mutiara Infaq perlukan.
Selaku Penasihat pada badan ini,saya dengan jelas melihat dan merasai bantuan Allah yang datang tanpa diduga ini. Sedikit yang dibuat, begitu banyak yang diterima.
Comments