PIBG BERBAKTI

Ust Abu Hassan.Di SamaGagah. Anak Beliau pintar Belaka.
Ini Kali Ke2 saya ziarah, Kali pertama bersama Alamarhum Yb Hamdan
bergotong royong buat rumah ini yang belantaikan tanah
Dalam perjalanan masuk kampung, sebuah kereta Guru terkoyak Tayar,
kerana terlanggar tebing di jalan yang sempit.Moga Allah berkati kerja beliau
Gambaran latarbelakang kehidupan pelajar SK.Permatang Pauh.


Bulan Ramadhan yang berkat ini menjanjikan kebajikan besar kepada penduduk dunia.PIBG SK Permatang Pauh tidak ketinggalan dalam menjalankan kerja amal untuk membantu pelajar dan waris yang memerlukan.Hari Khamis semalam ,Guru Besar dan sebahagian guru-guru telah turun padang menziarahi keluarga pelajar yang memerlukan bantuan itu.

Hamper dan wang tunai yang di sumbang oleh guru-guru serta murid diagihkan di sekitar Permatang Pauh.

Ada keluarga yang dilawati, si ibu buta keseorangan, sebab kematian suami, membela 4 anak yang masih bersekolah.Ada bapa yang OKU menjaga keluarga tanpa pendapatan, ada yang rumah menumpang bilik jiran kerana rumah mereka terbakar dan tiada siapa memabantu, melainkan jiran yang bersimpati tumpangkan bilik.

Malang bagi nasib sekolah-sekolah diMalaysia, bukan sekadar pelajarnya saja tidak dipeduli kerajaan pemerintah atau Kementerian berwajib, malah bangunannya pun teraniaya, terutama Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh, dimana penyelenggaraan infrastruktur tidak diterima hampir lebih dari 4 tahun sehingga sekarang.Baru-baru ini beberapa keping bumbung diterbangkan angin,apabila pihak sekolah hubungi Jabatan Pelajaran, mereka jawab tak ada budget! kalau hujan, bagaimana pelajaran budak ya? Saya terpaksa meluluskan duit PIBG untuk membaiki ini.Kami PIBG terpaksa tebal muka, minta sumbangan untuk kepentingan pelajar, tapi pihak Kementerian menghabiskan Budget untuk politik.

Pelbagai warna kepayahan hidup dihidangkan Allah pada kami siang itu. Syabas guru yang menjadikan sekolah sebagai 'self directed' dalam menarik minat pelajar dan waris menjadi warganya.

Rupanya ,ucapan saya di majlis -majlis Sekolah ini didengar mereka!!!Allahuakbar.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan