PUZiii.. Terlampau atau Melampau

Lambang dan Tulisan yang jelas

Kotak pembungkus. Sapa dapat Tender ni?
Saya dihubungi jam 11.45 malam 29 Ramadhan oleh seorang kawan, melalui telepon bimbit saya.Beliau bertanya saya, 'tahu dak, PUZii.. bagi Kurma dalam bungkusan yang mewah dan bergaya'? Bagus la! kata saya. Bukan pada Fakir Miskin, tapi pada setiap orang yang bayar Zakat Fitrah, aku pun dapat ni, dia bagi! Dia menjelaskan lagi.

Kawan saya ini kemudiannya menghantar MMS ke telephon bimbit saya, dengan penuh harapan supaya saya lihat akan kotak pembungkus dan isi kurma yang mewah itu. Dia telephon saya lagi, 'dapat mms saya'!, katanya. Dia bertanya lagi,
....PUZii.. ni bukan hidup atas duit Zakat ke?
....Pasal apa dia melingkup duit fakir miskin ni, bagi kurma pada pembayar zakat, bukan
pada asnaf!
.... Apa nak jadi dengan puak JAKIMi ni.

.....Kalau dia tak bagi kurma tu, awat? orang tak bayar zakat ke PUZiii ka?

....Apa, PUZiii ada competitor?

....Kalau dia tak bagi kurma, orang bayar zakat pada tempat lain ka? soalan demi soalan
diajukan ke saya.
Saya tak terkata apa , maklumlah! Khatib doa orang Cina Masuk Islam pun salah!. Jemput Khatib luar pun salah, walau pun Khatib berlesen dah tua, dan tak boleh baca tulisan Arab Quran, tergagap-gagap pun tak apa, asal lesen JAKIMi A/L UMNOk yang anugerahkan.
Saya jemput Al Syeikh-ul, Majlis Agama dan Jakimi A/L UMNOk, supaya mai Jumaat bersama dengan Khatib Masjid Permatang Pauh. Pasti masuk punya tune depa ni.

Saya tonton hukuman dan penyelesaian undang-undang dalam Film "Musang Berjangut".



Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing