DS Anuar Ibrahim di Halang Pengerusi Masjid
















Dato Seri Anuar Ibrahim telah di halang menyampaikan Tazkirah di Masjid Titi Terras, Balik Pulau. Halangan itu dipercayai dilakukan oleh Pentadbir Masjid tersebut. Semalam, selepas majlis berbuka dan menyampaikan sumbangan Aidil Fitri di Masjid Pulau Betong, Dato Seri Anuar serta rombongan beliau telah bertolak untuk berterawik di Masjid Titi Teras atas jemputan penduduk disana.Malangnya setelah solat selesai pihak masjid mengumumkan kehadiran beliau dan hanya mengajak beliau kejamuan more sahaja, sedangkan jemputan awalnya minta disampaikan tazkirah.

Ini dipercayai ekoran kejayaan pihak pembangkang di Pulau Pinang, berjaya melobi MAIPP mengeluarkan surat arahan supaya Khatib jemputan di larang di Masjid-masjid seluruh Pulau Pinang. Kebanyakkan Pengerusi Khariah di seluruh Pulau Pinang terdiri dari UMNO, yang dilantik bagi tempuh 2 tahun oleh Yb Shabudin Yahya, sebelum beliau tamat tempuh khidmat tahun lalu.

Dengan kejayaan mereka melobi MAIPP , mereka mula 'Naik Tocang'.Mereka mula merasa masih ada sisa-sisa kuasa yang boleh mereka gunakan, dan mula bertindak menghalang pihak kerajaan negeri menjalankan kerja-kerja bertemu rakyat dan meyampaikan penerangan diMasjid. Turut hadir bersama disitu, Yb Mansor Osman Timbalan Ketua Menteri 1,Yb Dato Halim bin Husain Speaker DUN, Yb Yusmadi Yusof MP Balik Pulau, Yb Ust Taib Azimuddin.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan