Lagi Berita DBMhospital















































































Sabri Said;25 Sept 2010

Sesiapa yang berkunjung ke rumah terbuka Dewan Bersalin Muslimah (DBM Hospital) yang terletak di Taman Cermai, Permatang Pauh semalam tentu dapat bersua muka dengan Doktor Rosnah dan suaminya, Zolkiply Md Lazim iaitu insan yang bertanggungjawab menubuhkan dbm Hospital yang dulunya beroperasi di hadapan jalan di Taman Arowana tidak jauh dari tempat sekarang.
Walaupun berhadapan dengan berbagai halangan sewaktu peringkat awalan penubuhan akhirnya dbm Hospital kini berkembang maju apabila berjaya membuka dua lagi cawangan baru di Glugor Pulau Pinang dan Batu Caves, Selangor.

Suasana hariraya yang diraikan bersama rakan taulan dan para pekerja diiringi lagu raya nyanyian Aman Shah tentunya menyingkap kembali nastogia lama sambutan di kampung halaman. Tambahan lagi kedengaran suara si Dee Jay (DJ) Liza yang tidak ubah seperti suara Faridah Mansor atau lebih dikenali DJ Che Dah dari KedahFm.

Bukan sahaja Doktor Rosnah dan Zolkifly menghulur tangan menyambut tetamu tetapi juga Doktor Hanita yang sering menyambut bayi kecil di dbm Hospital termasuk pasangan kembar atau ibu yang bersalin di sini.
.
Tahniah pada Puan Shima dari Kepala Batas kerana begitu istiqamah sehingga melahirkan 8 orang anak di DBM Hospital serta 15 ibu lain yang menjadikan DBM Hospital sebagai keluarga mereka. Bagi setengah pasangan suami isteri wang ringgit tidak menjadi persoalan kerana yang penting ialah kelahiran disambut dengan tertib mengikut cara Islam.

Tetamu dihidangakan dengan berbagai makanan seperti laksa, sate, bihun goreng, Mee rebus, cucur jagung, tempek nyiur dan kuih muih serta ketupat, lemang dan tidak ketinggalan teh tarik. Syabas Pasukan Unit Amal dari Kepala Batas yang menghidangkan laksa yang cukup sedap. Pemuda PAS Jelutong menyediakan sate, Lajnah Ekonomi PAS Bagan buat bihun goreng, Batu Kawan mee rebus serta teh tarik dan Lajnah Ekonomi Muslimat Permatag Pauh buat karipap dan popia goreng.

Selain kehadiran rakan sejawat Dr Rosnah kedatangan orang politik juga ditunggu-tunggu. Kemunculan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa, Pegawai Khas MB Kedah, Ustaz Haji Hasan Razak, Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Rosidi Husain dan ramai lagi menyemarakan lagi suasana.

Pasangan Dr Rosnah dan Zolkifly mengenakan pakaian sedondong kehitaman kelihatan bagaikan 'Pinang Di Belah Dua' tidak putus-putus melakar senyuman dan berpeluk bila bertemu rakan rapat tanda persahabatan.

Jika sesiapa terlupa atau mempunyai temujanji lain tidak dapat hadir ke rumah terbuka DBM Hospital pasti rugi sebab terdapat beraneka juadah dihidangkan untuk santapan hadirin.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing