Kabel DiJambatan Terbakar
Jadual saya dan keluarga nak beraya ke sebelah Pulau tergendala hari ni, kerana Kabel terbakar , asap hitam yang keluar dari celah lubang pembahagi jalan amat menggerunkan,Kata Anuar Setiausaha imbalan Ketua Menteri 1. Dato Seri Anuar pula dengan serius, nasihatkan saya,'lebih baik jangan pi ke Penang, jem teruk tu'. Saya pun akur sahaja le.
Kalau kutipan Tol kita sepanjang tempuh Jambatan ini beroperasi, tentu banyak benda boleh buat sebagai persediaan kepada keadaan sebegini, tapi semua BN joly habis. Laut pula dok pakat angkut dan faraid pembekalan, dan tukar dokumen invoice sampai rugi sepanjang masa.Kalau kita tunggu satu,satu, nak angkut kita, sampai esok pun tak lintas laut tu.

Dah Siap Bergaya nak Beraya, Jambatan Pula Buat Hal,, Terbakar!! Cuma sempat Beraya di Tapak Expo Seberang Jaya
Beraya Sakan di Rumah Terbuka Parti Keadilan
Apalah Nasib Jambatan ni, Terbakar Kabel pun dia kena tanggung, dah le duit kita ter...
GEORGETOWN: Ribuan kenderaan terkandas lebih tiga jam di atas Jambatan Pulau Pinang akibat kebakaran kabel bervoltan tinggi Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kilometer 2 menghala ke sini hari ini.
Kejadian jam 10.02 pagi itu turut menyebabkan trafik menghala keluar dan masuk ke pulau itu dilapor sesak sepanjang lebih 10 kilometer, selain lorong kanan di kedua-dua arah di atas jambatan ditutup.
Sementara itu, Naib Presiden TNB (Bahagian Penghantaran) Razimi Remeli berkata, kebakaran itu membabitkan tiga litar berkuasa 132 kilowatt di bawah jambatan berkenaan.
"Kejadian menyebabkan gangguan elektrik di sebahagian kawasan di Bayan Baru, Georgetown dan Gelugor. Bagaimanapun bekalan berjaya dipulihkan dalam masa dua minit selepas kejadian," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Beliau turut memberi jaminan bekalan elektrik adalah mencukupi dan pengguna di negeri itu tidak perlu risau.
"Pihak TNB memberi jaminan bahawa tidak akan ada gangguan bekalan elektrik akibat daripada kejadian ini kerana negeri ini menerima sumber bekalan tenaga elektrik yang mencukupi dan kami memohon maaf kepada pengguna yang terbabit," katanya.
Katanya, selain sumber tenaga dari Seberang Perai, negeri itu turut menerima bekalan dari stesen janakuasa di Gelugor dan di kawasan Juru.
Mengenai pembaikan kabel yang terbakar, Razimi berkata TNB akan mengambil masa membaiki kabel terbabit bagi mengenal pasti punca kejadian yang pernah berlaku pada 1995 itu.
Katanya, keadaan asap hitam akibat kejadian itu dan kini menyebabkan kesesakan lalu lintas juga dijangka bertambah baik dalam masa beberapa jam lagi.

Comments