Pemuda UMNO Bantah Judi


Pergerakan Pemuda Umno mahu kerajaan negeri Pulau Pinang memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog kononnya pemberian wang ehsan iaitu RM100 setahun kepada warga emas dan RM1,000 kepada waris keluarga warga emas meninggal dunia menerusi program penghargaan warga emas adalah menggunakan wang daripada sumber judi.
Ketua Penerangannya Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng perlu segera memberi penjelasan kerana dakwaan dalam blog "Pisau.Net" itu telah menimbulkan kegelisahan dan rasa kurang senang segelintir penerima wang ehsan itu, terutama yang beragama Islam.

"Saya terima banyak panggilan daripada warga emas yang bertanyakan mengenai perkara itu dan mereka bimbang serta gelisah kerana sudah menerima wang RM100 dan RM1,000 terbabit sejak kerajaan negeri melaksanakan program penghargaan warga emas.

"Mereka sangat bimbang dengan dakwaan wang berkenaan dari sumber duit judi yang haram bagi umat Islam...penjelasan berkenaan bagi menghilangkan keraguan orang ramai di mana sehingga kini masih belum ada sebarang penjelasan walaupun sudah beberapa hari blog berkenaan membuat dakwaan terbabit," katanya kepada pemberita di majlis rumah terbuka Aidilfitri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini, Sabtu.


Fakta;
Kerajaan Malaysia yang ditunjangi UMNO, adalah sebuah kerajaan yang hidup atas wang judi, sumbangan yang disampaikan oleh pemimpin UMNO pada majlis yang rasmi, dan disiarkan oleh semua siaran TV dan Akbar utama. Terutama yang menjadi menteri dalam kabinet Malaysia.Bantuan dan sumbangan mereka adalah dari duit JUDI!!!!

Lihatlah Faktanya,

Syarikat Perjudian Kutipan Tahun 2008 – (RM)

Genting Malaysia Berhad - 949,802,170

Sport Toto - 509,739,584

Magnum Corporation – 396,477,793

Pan Malaysia Pools – 270,764,197

Pan Malaysia Racing – 138,576,130

Daily One Corporation – 18,082,749

Sandakan Turf Club - 18,182,034

Sarawak Turf and Equestrian Club – 29,776,000

JUMLAH 2.37 BILION

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing