Hijrah: Ilmu bercambah


Kuliah Yb Dr Mujahid di Masjid Sungai Gelugor sempat saya ikuti masa akhir dah nak tamat,keetulan saya berada di elugor melawat Cawangan DBMhospital.
Beliau menjelaskan fakta baru yang dia dapat dari penghujahan ilmiah Dr Yusof Qardawi ketika kuliah di Masjid Sah Alam minggu lalu.
Sebelum ini kita banyak membaca atau mengaji dengan ur di masjid atau di kuliah mana pun bahawa dalam Hijrah Nabi SAW.baginda bersembunyi di gua thur bersama Abu Bakar ra. dengan mendapat bantuan Allah dari sarang labah labah dan burung merpati yang bertelur dipintu gua,inilah versi biasa kita, tetapi Dr Yusof Qardawi berhujah bahawa ayat yang menyebut bantuan Allah dari yang tidak dilihat"Illa tansuruuhu faqod nashorohullah" itu bukan burung atau sarang labah labah sebab itu boleh di lihat,dianya ialah hati hati musuh yang Allah campak kan rasa tidak mahu melihat disitu tempat nabi bersembunyi, apapun Nabi SAW selamat.
Begitulah Hijrah yang di jadikan Allah serta Al-quran, yang dijanjikan mukjizah dan percambahan ilmu,yang kalau di gali dan hujahkan terus saja kita berjumpa dengan banyak lagi perkara baru untuk di gunakan.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.