Betul ?Masuk Jawi

"Masuk Jawi" masa saya di Makah saya sering dengar orang orang dari rumpun melayu di sana di rujuk sebagai orang "Jawi".

Hari ini saya dijemput kemajlis berkhatan(masuk Jawi) beramai-ramai anjuran PAS Cawangan di Telok Kumbar, saya tak hadir pun sebab semalam saya sampai jam 2 pagi bersama anggota penganjur di rumah Mat Siam, yang bertungkus dan belemos,sediakan persiapan makanan untuk semua peserta dan pengunjung.

Sebelum saya ke Teluk Kumbar saya singgah di Taman Sardun,Gelugor jumpa kawan kawan di kedai kopi Nazri salah seorang kuat PAS Gelugor. Disitu mereka peringatkan pada saya akan majlis khatan di Teluk Kumbar, ada sahabat yang meluahkan kurang setuju dengan kaedah bersunat yang dijalankan ikut cara tradisi,dimana Tok Mudin dulu termasuk pakai batang pisang tempat duduk yang nak kena sunat,sakit Allah saja yang tahu ,banyak hari pula tu! bentan(bengkak)sebab kesan tindak balas badan kita .
Salah seorang kawan di situ kata sapa yang bentan dulu dulu, untung sekarang sebab' besar sekarang',seloka kawan tadi.

Timbul isu bersunat perempuan(khitan) semua membangkitkan hukum ini, ada nas ka?

Betapa meluasnya amalan ini di Malaysia tidaklah diketahui. Menurut seorang Ustaz dari JAKIM berkhatan wanita ini diamalkan oleh hampir 30% di Malaysia dan mencapai 90 % di Indonesia. Sebuah kajian yang dijalan di Indonesia menunjukkan bahawa 97.5% daripada penduduk yang di wawancara telah menjalankan bersunat untuk wanita. Amalan bersunat wanita dirantau ini agak berbeza dari yang diamalkan di Afrika. Sesetengah bidan hanya mengosokkan akar kunyit atau menggores mata pisau pada kemaluan bayi perempuan sebagai syarat bersunat. Walaubagaimanapun ada juga yang menggunakan alat tajam untuk mengores bahagian klitoris dan ada juga yang memotong klitoris.(Sidney Herald Times)

Jadi kita boleh tengok antara pendapat disisi.

Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah

خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب

Ertinya : Lima perkaea fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ) Riwayat Muslim)

Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-

1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.

2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,

3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.

Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelai satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.

Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.

Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.

Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas meliaht hadith2 Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan .

:Kelentit wanita (yang dipotong sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.."

dan pelabagi lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. di akhirnya pakar perubatan ini berkata :

" Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)

Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah . Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita..Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepada manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya.

Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita2 arab kebanyakkan tidak berkhitan kecuali Mesir dan Sudan. Adapun negara arab di Teluk dan maghribi..tiada khatan bagai wnaitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.

Rasulullah Berkhatan

Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma'ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab.

Dan padangan bahawa Rasululllah SAW dilahirkan dalam keadaaan berkahatan adalah lemah, demiian juga pandangan yang menyatakan bahawa JIbrail as yang mengkhatankan baginda semasa membelah dada baginda SAW.

Dalil lain pula.,

Ini berdasarkan kepada sebuah hadis daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegur Ummu ‘Athiah Radhiallahu ‘anha dengan bersabda:

Maksudnya: “Apabila engkau mengkhatan maka khatanlah (dengan memotong sebahagian al-bazhr) dan jangan engkau berlebih-lebihan (dalam memotong), kerana yang demikian itu menjernihkan air muka perempuan dan mendatangkan kesukaan kepada suami (boleh menambah kelazatan bersetubuh).”

(Hadis riwayat ath-Thabrani)

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing