sex runtuh
Bercakap tentang sex bebas yang melanda dunia.Dua minggu lepas saya sembang dengan seorang kawan usahawan,dalam bertukar tukar topik itu saya diajukan permasalahan Umat Islam Melayu perempuan yang mengandung dan melahirkan anak luar nikah.Dia sendiri ada menyelamatkan seorang wanita, dengan menjaga sepanjang mengandung dan mengambil kerja selepas melahirkan anak dengan tujuan supaya wanita yang sudah insaf itu tidak mengulangi dosa besar yang telah dia lakukan.
Bertaubat!! Allah saja yang maha pengampun.Kawan saya salahkan mereka mereka ini kurang didikan agama dan ibu bapa yang tidak mengambil berat kepada anak anak.
Tidak bagi saya,sebab saya berpengalaman dimana ramai wanita yang saya temui mengandung dan beranak luar nikah,mereka ini semua faham apa dosa apa pahala, mereka hafal surah Surah Yasin,mereka hafal ayat ayat Lazim dan kursi,mereka setengahnya belajar di pondok atau sekolah agama.
Ada,ibu atau bapa yang kuat amalan agama dan sentiasa membawa anak mereka ke kuliah kuliah agama tidak biarkan anak mereka ke sekolah sendiri melainkan mereka menghantarnya,tiba tiba anak mereka mengandung, ada yang baru dan ada yang sedar ketika anak sakit nak melahirkan. Mereka mereka ini pernah datang dengan lemah longlai dan hampir jatuh pengsan sambil mengadu,apakah salah dan dosa saya? kenapa ini berlaku kepada saya?dimana lagi saya tidak buat untuk mendidik anak saya?
Bagi saya semua ini salah 'sistem',masyarakat yang alpa,parti dan persatuan Islam yang lemah perjuangan dan persekitaran yang di sediakan pemerintah yang tidak menghalang punca punca, sebagai contoh lihat Arab Saudi mereka mengekalkan sistem pakaian, adab berurusan yang memisahkan lelaki dan perempuan,adab keluar rumah bagi wanita (jika perlu) mesti berkumpulan(walaupun banyak kelemahan lain pada pemerintahnya)kerajaan mereka mampu mengekang problem ini ,sama juga Afganistan sebelum Amerika masuk menjajah.Kelantan ada berusaha kearah itu, tapi semua tindakan tadi, kita banyak kata sistem kolot,tak menghargai wanita,rugi sumber tenaga manusia,
Hari ini, setelah 18 tahun saya ulang lawat Masjid Darul Salam Puket, saya dapat lihat perubahan yang di lalui oleh masyarakat dan pembanggunan sekitar masjid,berbanding dulu semasa saya datang dengan Dr Sanusi Daeng Mareok.Seminggu kami merantau selatan Thailand bersama.
Perubahan ketara yang dapat di lihat ialah hanyutnya Islam dari segi bilangan,amalan.kebudayaan agama,ekonomi dan pemilikan ekuti.Mereka tidak mampu menghalang dan mengekang apalagi melonjakkan Islam kehadapan.
Sebab itu saya lebih setuju dengan Tg Nik Aziz MB Kelantan berhubung dengan tanggungjawab kita mendakwah dan mengubah Cina bukan Islam kepada Islam,dengan berkawan samada melalui kerjasama politik,dan lain kegiatan yang realistik kepada memperkenalkan kelebihan Islam dalam beramanah,berkeluarga dan semua perwatakan yang ada dalam Islam sebagai sumber da'wah.
Comments