Sumbangan Anak Yatim Kulim Bandar Baru
Tepat Jam 8.30 malam seperti dijanjikan semua mereka datang dengan waris masing masing .
Majlis bertambah seri dengan turut hadir Pegawai Tugas Tugas Khas MB Kedah, Ust Hasan Razak, beliau juga selaku Yang DiPertua PAS Kawasan Kulim. Beliau tiba lebih awal beserta Setiausaha Kawasan dan ajk kawasan.
Anak yatim yang menerima sumbangan Komiti ini terdiri dari anak yatim yang dijaga sendiri oleh waris mereka di rumah.
Ceo Karnival Riang Ria Tuan Zaini Aboo Hassan yang turut serta dan turut menyumbang melahirkan rasa syukur atas kerjasama yang diberikan orang ramai,peniaga dan pimpinan tempatan
Ceo Karnival Riang Ria Tuan Zaini Aboo Hassan yang turut serta dan turut menyumbang melahirkan rasa syukur atas kerjasama yang diberikan orang ramai,peniaga dan pimpinan tempatan
Changlon pada 30 Disember 2009 sebagai
penutup tirai 2009.
penutup tirai 2009.
Setelah selesai majlis kami didatangi SB(polis) bersoal siasat semua acara tersebut, dari bagaimana boleh jemput YDP PAS sehingga dari mana datang sumber derma.
SB tadi mendakwa mereka menyokong penuh usaha murni ini,tapi terus menyoal soalan soalan yang mengingatkan saya ketika saya di tahan di sempadan Jordan dan di soal siasat oleh SB Jordan, mereka juga mengungkap bahasa sama.
Pada bulan February 2009 itu teringat lagi saya beritahu SB arab bahawa saya pulang dari Tripoli,Lubnan dalam usaha membantu rakyat Palestin,belum habis kata saya, beliau terus menyampuk ,katanya dia sokong penuh usaha saya itu.
Setelah selesai soal siasat selama 5 jam itu, jam dah hampir subuh, seorang pegawai Imigrasi Jordan mengambil Pasport saya dan dimasukkan semua data dalam komputer,kemudiannya menyerahkan kepada pihak polis sempadan dan tindakan mereka ialah menghalau saya.
Setelah lama soal siasat di gerai makan expo Bandar Baru Kulim itu,pegawai itu cadang supaya karnival ini menganjurkan karoke nyayi supaya orang ramai datang ke sini ,baru ceria,kata beliau.
Ustaz kawan saya yang berpengalaman pandu BAS pelancung mengingatkan kepada saya kata kata beliau dulu, kalau nak cari kerja maksiat,carilah di sekeliling Balai Polis,lagi besar balai lagi besar kegiatan maksiat.
Comments