Merentasi Kaum







Berjumpa kawan lama Cina Islam, dulunya dia hanya seorang pen dakwah dan peniaga, tetapi sekarang dah bergelar YB.
Sedang saya menunggu kereta Merc saya di selenggara di bengkel, terjumpa saya Kawan lama yang bergelar YB ni, Khalid Idham Lim.
Saya kenal beliau kerana minat saya meneroka ruang baru dalam dawah, masa itu 7 tahun dulu, Cina dijadikan ruang dawah baru kerana kurang di tumpu oleh rakan rakan parti.
Untuk mendapat laluan hubungan yang lebih baik, saya mengikat perjanjian niaga dengan Cina Islam ni untuk bawa masuk 5000 pasang baju bayi dari negara China .
Saya pernah di beri mandat berucap membahaskan ucapan dasar PAS Pusat pada 1993, ketika itu muktamar berlangsung di Taman Melewar, mewakili Pulau Pinang saya tekankan medan baru iaitu masyarakat Cina,India dan peribumi, saya cadangkan di angkat dalam Ajk Pusat seorang wakil dari kaum mereka seperti mana kita melantik Muslimat,Pemuda sebagai Ajk Pusat bagi memperhalusi tuntutan dan aspirasi puak dan kumpulan mereka, barulah kita dapat dekati mereka.
Sekarang ini alhamdulilah PAS telah jadikan agenda utama gerakan politik dan dawah pada bukan Melayu ini.
Ucapan saya mendapat liputan di NST Singapura, dan semasa rehat saya keluar ke gerai Muktamar saya mendapat sokongan dan pujian atas ucapan tersebut,yang tak setuju dengan saya pun terpaksa senyum dan hulur tangan salam dan ucap tahniah, masa itu muktamar merakam menggunakan video Tape,tetapi sayang besoknya saya minta urusetia salin rakaman tersebut,tapi saya dimaklumkan tape master itu dah hilang dalam simpanan PAS Pusat.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing