Semalam saya terpaksa tidur dalam kereta. Ini kerana saya keletihan setelah, tiga hari di Selatan Thailand, dan sampai Malaysia jam 1 pagi, dan sebelah tengahari di jemput pula dengan kereta MPV Toyota Alphart. Mujurlah Boss syarikat penaja saya ini ada kereta yang selesa untuk berjalan jauh. Jadi sepanjang perjalanan pergi dan balik, saya jadikan kereta ini sebagai bilik hotel mobile. Saya bertolak balik dari KL jam 12, kerana hadir jemputan sebagai tetamu di majlis Malam Setulus Kasih bersam Maher Zain di Sunway Subang. Majlis yang di adakan bagi mengutip derma, untuk dijadikan sumbangan kepada yang memerlukan ini, di terajui oleh Muslim Aid Malaysia. Mereka telah berjaya menjual habis meja yang bernilai RM10,000 hingga RM3000. Majlis ini juga berlangsung selama 3 hari, dan jemputan khas mereka ialah, Artis paling popular didunia sekarang ini, Maher Zain. Saya selaku Penasihat Mutiara Infaq, Komiti Anak yatim telah diundang atas tajaan, Tunas Indah Niaga, sebuah syarikat entertainmen...