Jangan Nanti DiTuduh ULAMA PAS Tak Baca buku?

Dewan Ulama PAS Kedah Tolak Buku Tulisan Mujahid

ALOR SETAR: Dewan Ulama PAS Kedah menolak buku bertajuk "Menuju PAS Baru" tulisan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusuf Rawa, yang antara lainnya mahu mengubah konsep kepimpinan ulama dalam parti itu dan bahawa PAS perlu berpijak di bumi nyata dan harus "dinasionalkan".

Naib Ketua dewan itu Yusuf Mahmud berkata pandangan seperti itu sama sekali tidak perlu lebih-lebih lagi ia disuarakan oleh seorang yang mendakwa dirinya sebagai ahli PAS.

"Dalam keadaan sekarang, ahli-ahli PAS terutamanya pemimpin parti perlu memahamkan masyarakat mengenai kesyumulan Islam dan kesyumulan itulah yang berpijak di bumi nyata," katanya dalam satu kenyataan.

Persoalan : Apakah Islam tak Syumul dengan menerima Perlembagaan Malaysia? rujuk pakar undang-undang Malaysia. Jangan nanti orang kata, Ulama PAS sama berfikiran macam Karpal Sing dalam mentafsir !

Yusuf berkata beliau menolak idea yang diketengahkan oleh Mujahid iaitu mengubah konsep kepimpinan ulama yang telah menjadi amalan dalam PAS sejak lebih 20 tahun lalu.

"PAS tidak lemah dengan ulama tetapi ia perlu diperkasakan, bukan diubah kepada sebarang konsep lain," katanya.

Persoalan: Memperkasa Ulama PAS, dengan membiarkan seorang manusia(selain Nabi) manjadi MAKSUM? atau Meperkasa dengan menjadikan Majlis Syura,(institusi), yang telah berjaya dijadikan dokumen tercatit dalam perlembagaan parti itu lebih perkasa?

Beliau berkata penerbitan buku itu adalah satu percubaan untuk mengelirukan orang ramai mengenai asas perjuangan PAS yang berteraskan Islam.

"Beliau dilihat cuba menanam rasa benci masyarakat kepada kepimpinan ulama dengan mengatakan bahawa PAS tidak membawa aspirasi nasional, apabila PAS menafikan Perlembagaan Persekutuan dan menamakannya sebagai Perlembagaan Thaghut," katanya.

Yusuf berkata masyarakat umum mungkin boleh terpengaruh tetapi ahli-ahli PAS yang telah ditarbiyah sekian lama cukup faham bahawa PAS selama ini hanya membawa aspirasi Islam bukan aspirasi nasional.

"Beliau dilihat memberi tekanan agar PAS berubah menjadi parti yang seiring dengan Perlembagaan Persekutuan agar matlamat ke Putrajaya tercapai.

"Perlu diingatkan di sini bahawa matlamat perjuangan PAS bukan untuk ke Putrajaya tetapi untuk menegakkan hukum Allah. Tidak ada gunanya ke Putrajaya jika PAS terhakis asas perjuangannya," katanya.

Persoalan : Nak menegak hukum macam mana Pak Syekh, kalau tak ke Putrajaya?

Katanya idea "menasionalkan PAS" adalah tidak wajar kerana yang sepatutnya diketengahkan ialah Islam dalam pembentukan kenegaraan.

Persoalan : Nampak setuju dengan idea Hisbul Tahrir tu !!. Kita berjuang politik di Malaysia dalam kerangka PERLEMBAGAAN. Al-Arqam mungkin badan terbaik untuk idea bukan Nasional.

"Tindakan Mujahid jelas menunjukkan bahawa beliau cuba meneutralkan PAS dalam meraih undi masyarakat Malaysia. Bukan kita terpaksa menceduk apa yang telah menjadi praktikal parti-parti lain di Malaysia tetapi kita perlu ada jati diri," katanya.

Yusuf berkata kecelaruan Mujahid semakin menjadi-jadi apabila beliau menyarankan supaya dimasukkan dalam latihan perkaderan mengenai perlembagaan, membentuk identiti nasional PAS seperti mengibar Jalur Gemilang, menyanyi lagu Negaraku dan berpakaian kebangsaan.

Persoalan : Masa Najib Laknatulah bentang BUDGET, Seorang ulama pun tak mampu bahas dan bantah, sebab tak mengaji kali-kali, atau tak ada persiapan NASIONAL?

"Sepatutnya perkara-perkara seperti itu tidak perlu dibuat kerana kita mempunyai agenda yang lebih penting kepada generasi yang akan datang iaitu membezakan antara al-haq dan al-batil," katanya.

Persoalan : Membezakan Haq dan Batil di pakaian ka? Alam nyata atau Alam Khayalan ni!!

Mujahid adalah juga Anggota Parlimen Parti Buntar. -BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan