KAHWIN MEMBAWA KEJAYAAN


Ramai orang berusah untuk berubah. Semua dilakukan demi untuk mencari sesuatu yang boleh melonjakkan kejayaan dalam kehidupan, ada yang berjaya, atau berjaya selepas beberapa percubaan. Ada yang gagal sampai kesudah(keakhir Hayat). Berbagai perkara dilakukan untuk berubah dan mencapai kejayaan atau mendapat lonjakkan kepada kejayaan.

Ada yang mencari perubahan dengan membaca dan membaca. Ada banyak penulis buku di barat menjadi jutawan dengan buku tulisan mereka, dan kebanyakkan mencapai best seller dalam pasaran. Nama -nama seperti Cotler, Tony Buzan, Suzzane Battes, atau di Malaysia seperti Azizi Ali. Tajuk yang menjadi pilihan pula berbagai-bagai seperti 7 habits, How to Mind Map, La-Tahzan, dan berbagai lagi yang berselerak dipasaran.

Ada yang mencari perubahan dengan mendapatkan khidmat kaunsling. Ada diantara pencari perubahan ini, sanggup memburu seminar-seminar yang beribu ringgit, yuran penyertaan menjadi pilihan. Seminar dengan tema Kejayaan, Succes dan seumpamanya menjadi pilihan. Ada sanggup menyewa khas, atau menempah masa kaunseling dengan pakar, nama seperti CMCNetworking , 1to1 , atau nama seperti Jeniffer Minchin, Rhonda Anderson, Fadhilah Kamsah, Hassan Ali, meniti di bibir mereka yang mengejar cita-cita ini . Ada yang sampai bergadai-begolok, atau berhutang ceti, kerana nak hadir seminar, atau membeli masa Kounsling, sampai ada, lari malam.

Ada yang mencari perubahan dengan berjalan atau menjelajah. Nama seperti Al- Batuta, Columbus, Vasco De Gama, Syed Kechik dan seribu satu nama lagi yang mecipta kejayaan setelah keluar menjelajah. Dan ramai nama tokoh berjaya seperti ini akan teruskan jelajah dan menjelajah bagi memastikan momentum kerja mereka terus berkembang dan meningkat. Ada juga yang menjelajah cari kejayaan ini, tak balik langsung dah! nama pun tak tersisip di mana-mana.

Ada yang mencari perubahan dengan bertukar kenalan. Merekeka sanggup mencari ruang untuk hadir ke majlis CEO,s Gether. CEO,s Roundtable. Private CEO Gethering. Majlis majlis seperti ini, dijadikan tempat berkenalan, bertukar kad, dan email. Dan mencari peluang dengan berkawan diaras yang sama, kata kawan saya "Mau Tengok Level La"

Saya baru menziarahi kawan lama saya, yang saya tidak berjumpa sejak 25 tahun dulu, Dia, semasa saya kenali sebagai bekas Wakil Rakyat Dewan Rendah di Selatan Thailand , dulunya. Selepas menjadi wakil Rakyat, beliau berhempas pulas mencorakkan hidup barunya. Bisalah, bagi bekas Wakil Rakyat, yang mereka mahir ialah brooker Air Liur. Dia berusah menjadi penjual Bata dalam kuantiti banyak untuk eksport, menjadi brooker tanah, projek dan seumpama itu. Semua beliau lakukan, dengan harapan dan tujuan dapat melonjakkan hidupnya kepada lebih berjaya. Setelah sekian lama tidak berjumpa, dia mengejudkan dan saya kagum dengan dia, kerana dia sekarang mula berjoging setiap pagi, menyusun masa menghadiri aturcara majlis minum dan kenduri, serta mempunyai kumpulan kawan yang berjaya dan profesional di Selatan Thai ini. Awang Mekong, nama kawan saya ini, dah memiliki 3 pintu kedai emas dan permata di Kedai Lama, Yala. Awang Mekong menempa kejayaan dengan berkahwin, atau berbini baru. Isterinya Hameedah, berpengalaman bertugas di Bangkok dengan syarikat Multi National, menguasai banyak kemahiran dan menguasai banyak bahasa. Selepas kahwin sekitar 12 tahun lalu, beliau terus minta Isterinya berhenti kerja dan mulakan perniagaan Emas & Permata. Kombinasi keberanian Awang Mekong, telah berjaya diganding dengan kemahiran Hameedah, telah menepah sejarah kehidupan mereka.
Anak kepada isteri dulu Awang Mekong, menjadi peniaga yang berkelulusan di premis emas dan permata mereka.

Ada sesiapa yang nak mencuba kaedah ini ! Kahwin yang membawa perubahan dan Berjaya !!!

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing