Senjata Pensel Pasar Malam.


Hari ini saya terpaksa ke workshop, kerana kereta saya tidak berhenti kipas enjin, walaupun saya matikan enjin dan cabut kunci dari kereta. Kawan saya kata ' Macam Tuan Dia, Tak Stop, Ligat'

Saya terpaksa menunggu lama di workshop, kerana waktu makan tengahari, Pemilik Islam workshop Mercerdes ini akan pastikan pekerja dia solat zohor, jadi waktu zohor, semua rehat.

Bila mereka balik bekerj, saya mengadu hal keadaan kereta saya, dan saya terpasa tunggu lagi. Masa menunggu ini saya masuk bilik menunggu yang disediakan workshop. Ada 2 akbar harian di meja dalam bilik itu. Salah satu akbar itu trpampang gambar Najib dalam Konvensyen BN.

Asyik saya melihat akhbar, masuk seorang yang saya kenal sebagai Pak Non, bekas Ketua UMNO Bahagian Bagan, dan sekarang sebagai GABEM( Gabungan Bertindak Ekonomi Melayu). Saya pun usik dia, Habis PR Pak Non, BN dah kuat dan dapat sokongan! Dia jawab saya, Lanun dan Penyamun semua tu!, merujuk kepada BN di akbar. Kalau BN dapat balik Pulau Pinang saya kenduri 7 hari! Katanya lagi .
Pak Non jelaskan kepada saya yang dia telah ikuti ucapan Najib semalam, 20 minit pertama serang Anwar Ibrahim, 20 minit ke2 pula Najib serang PAS dan Nik Aziz. Aku tunggu juga bila dia nak serang MCA, Gerakan, apa lagi DAP ! Melayu bunuh Melayu, tulah UMNO, beliau tegas lagi.

Saya usik lagi, UMNO ni tak boleh berubah ka? Sebagai contoh, macam tanah orang Islam Pulau Pinang yang hilang waris, takkan UMNO tak boleh tebus dan tuntut melalui undang-undang yang ada, Pak Non kan orang besar, dan banyak pengalaman. Dia lantas jawab, Dah duduk atas kerusi empuk tebal sejengkal, dengan menjengkal jari tangannya, Dia nak bangkit ubah tempat ka. UMNO ni takut Anwar Ibrahim lagi dari Takut Allah S.W.T, ni ayat aku, kalau hang nak dengar!

Satu lagi UMNO ni, Kiblat dia banyak, yang ni lagi satu bahasa aku! katanya lagi. Aku cakap benda ni dalam Konvensyen GABEM. Dulu Dia(UMNO) tengah kiam tangan dah, rakaat pertama lagi, dok mengadap kiblat Permatang Pauh. Tiba-tiba dia(UMNO) pusing badan ke Kepala Batas. Tak rukuk lagi, dia beralih ke Pekan pula.

Kalau Iran digerun Amerika kerana Nukler , UMNO ni pula akan menipu rakyat, sebab dia takut rakyat guna senjata pensil dua kupang, RM0.20 pasar malam. Depa pangkah PRU13 Mampus UMNO. Aku UMNO ni, yang kata UMNO ni mau Mampus. Melingkup Melayu.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing