SANGGAH ADAT BERNIAGA.

Semalam saya diminta kawan untuk tolong hantar dia pulang. Dia baiki kereta, dan keretanya tak dapat disiapkan, dan terpaksa keretanya ditinggalkan di bengkel.
Saya pula berada di Balik Pulau dan kemudiannya ke Gelugor, atas urusan. Terpaksalah kawan saya menunggu lama sehingga selepas Magrib. Kemudian kami solat Isyak sama.

Saya dan kawan, bersetuju untuk makan malam dulu, sebelum hantar dia pulang rumah. Bagi nak penuh kuota berkawan, saya hubungi seorang kawan lagi di Kepala Batas, ajak bersama makan malam. Tapi kawan ni, dia kata dia ada tamu di rumah. Dia tanya saya, nak makan dimana? nanti dia turut sama selepas tetamu dia balik. Saya jawab, Nasi Bersila !

Nasi Bersila di Lahar Kepar ni, buka satu nama baru. Kedai makan ini terkenal senatario dunia dah, Apa tidaknya, satu masa dulu sekitar tahun 1989, masa tu saya di Bukit Jambul, Penang. Saya jaga pejabat PAS Kawasan Balik Pulau. Pejabat yang dibuka di unit bawah Blok C, Flat Bukit Jambul. Disamping menguruskan PAS, saya menjalankan perniagaan sendiri disana. Ramai kawan yang bekerja dan berniaga datang ke pejabat ini, samaada waktu makan tengahari ataupun selepas kerja, yang datang termasuk driver taxi dan limousin Airport, Pendek kata, pejabat PAS masa tu, tak pernah kering dengan tetamu dan ahli serta pimpinan. Al-Marhum Ustaz Fadzil Nor pernah singgah, dan pernah buat contoh pejabat PAS Balik Pulau ni. Katanya PAS ni kena duduk dalam pekan, di tengah kota! kalau nak fikir tawan Malaysia. Jangan dok dalam hutan dan jauh pada orang ramai, yang mungkin nak berurusan dengan PAS.

Satu hari saya didatangi seorang pemandu limousin airport. Beliau duduk di pejabat, dan pesan minum dari restoran, yang memang sedia ada sebelah pejabat PAS. Dalam dia bersembang, dia menceritakan yang dia kelmarin, ambil seorang Jepun di Airport Bayan Lepas. Si Jepun tadi minta bawa ke Kilang, di Sungai Petani. Dalam perjalanan ke Sungai Petani, Si Jepun tadi minta pemandu Limousin bawa dia ikut jalan lama, sebab dia nak makan nasi bersila. Pemandu Limousin tadi mula garu kepala, dia jawab kepada si Jepun tadi, katanya dia tak tau dimana Kedai Nasi Bersila tu, dan tak pernah dengar pun. Sampai disatu simpang, Jepun tu suruh aku belok kiri, sampai di hadapan satu rumah, dia suruh aku berhenti dan ajak aku makan sama, cerita pemandu limousin tu lagi. Memang makan bersila dalam rumah, tambahnya lagi. Sampai ke Jepun, terkenalnya Kedai Nasi Bersila di Lahar Kepar ni.

Kawan saya yang saya bercadang ajak bersama makan malam, tapi tak jadi ikut ni, ada banyak cerita pasal Kedai Makan Nasi Bersial ini. Dia pernah bercerita, kedai Nasi Bersila ini bermula dengan memasak makan di dapur rumah, untuk dijual kepada pekerja yang membajak bendang padi, yang kadangkala bekerja sehingga ke jam 2 pagi. Dia mula memasak makan jam 9 malam, dan dia menjual melalui tingkap dapur rumah saja, bagi yang nak makan disitu, dia ajak naik makan dalam rumah, menggunakan pingan talam, yang dia guna hari-hari.

Dari situ, mulalah kedai ini terkenal. Berita tersebar dari mulut ke mulut. Kumpulan nelayan yang balik malam, di sepanjang pesisir pantai Penaga sehingga Kuala Muda pula mula datang. Sekarang buka pelanggan itu saja, malah x1 hingga x6 BMW turut berebut nasi di celah tingkap rumah ini. Sekarang Kedai ini dah berkembang dan telah ada premis baru yang lebih selesa, di seberang taliair bertentangan dengan rumah lama tu.

Nampak macam bercanggah Adat sebab, kalau ikut kebiasaan adat, nak popular mesti di tengah kota, dan tampat yang mudah orang nampak dan lihat. Tapi dunia dah berubah, manusia dah makin berteknologi, dan mampu begerak lebih ,dalam masa yang lebih singkat. Wang pula lebih mudah dimiliki dengan ilmu yang semakin luas dan infrastruktur yang lebih baik untuk mendapat maklumat.

Nak Mencuba Berniaga Dengan Canggah Adat?? Mana tau, Untung Sabut Timbul, Untung Batu Tenggelam.

Semasa dapati gambar ini yang di rakam tahun 2009.Di Nasi Sila.
Siapa Mereka yang boleh semeja ni?
Mereka bersama! Jiran saya Pelobi UMNO dan Pimpinan PAS sedang makan suap,
Sejak bila lagi ?

Comments

Anonymous said…
bukan depa nii nak lari ke kedah pulak ka?.....

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing