Melayu Jangan Jadi 'Ayam mati lapar Di Kepuk Padi, Itik mati lemas di air'

Selatan Thailand, atau lebih di kenali dengan wilayah Patani. Dulunya pernah menjadi kerajaan berdaulat dengan gelaran, Negara Patani Darul Salam. Kerajaan Islam ini pernah sekali meluaskan wilayahnya sehingga ke sempadan Bangkok, bilamana kerajaan Siam lama diasak kuat oleh Burma sekitar tahun 1767, sehingga raja Ayutthaya yang memimpin kerajaan Siam ketika itu, didakwa terkorban kelaparan dalam peperangan tersebut.


Kini Patani meninggalkan seribu satu sejarah dan nostalgia. Patani yang mempunyai penduduk Islam yang berdiri dengan kekuatan sendiri, dan semangat umat disini yang berjuang begitu lama untuk mereka kembalikan kekuasaan Islam di bumi Patani. Ini telah memberi kelebihan mereka dalam meneruskan kehidupan, samada dalam politik, sosial, ekonomi dan pendidikan.














Ambulan Masjid.

Penduduk Islam di beberapa wilayah Selatan Thai ini, menjadi Umat yang berdikari, dan sebahagian besarnya jadi peniaga yang berjaya. Ini kerana mereka tidak berpeluang menjawat jawatan dalam kerajaan, maupun swasta. Antara puncanya ialah kerana, mereka mempertahankan identiti sebagai Melayu Muslim, dengan menolak menggunakan nama Siam, dan menolak sukatan pelajaran Siam. Bagi mereka ini semua agenda merosakkan akidah mereka sebagai Muslim. (Ini adalah konflik yang boleh ditemui di sebahagian besar negara, yang umat Islam menjadi minoriti, Bejing dan beberapa bandar di China, Wilayah Selatan Rusia, Burma dan Filipina. Disana, antara negara yang boleh kita lihat dengan jelas, akan keadaan ini. Atas beberapa keadaan dan sebab ini, Umat Islam disini juga menjadi bangsa mundur tanpa pendidikan. Seperti disekitar Masjid Ibnu Abbas, Ghuanzhau. Sekeliling Masjid Jamik Thein Jin. Penduduk Islam Pulau Dua, Selatan Burma, dan negara lain sebagai contoh. Namum mereka berjaya berdikari sebagai peniaga disana.)

Kini setelah kerajaan Siam bertolak ansur dalam amalan dan pembelajaran Agama dalam sukatan pelajaran, mereka masyarakat Islam Patani, telah mula melibatkan diri dalam pendidikan di sekolah Siam, dan sekolah agama juga kini menerima dasar dasar pendidikan Siam yang lebih bertolak ansur.

Sikap juang dan berdikari ini, menjadikan mereka berjaya dalam perniagaan dan pendidikan. Ramai dikalangan mereka menjadi Ustaz atau guru serta pendidik yang baik. Mereka memiliki Premis perniagaan yang banyak sepanjang jalan dan kampung di seluruh wilayah Selatan Thai ini, Mereka juga memiliki sekolah milik rakyat yang banyak, dihampir setiap kampung disini.Mereka memiliki persatuan yang kuat kesetiaan keahlian kepada organisasi. Mereka juga menjadi bangsa yang berjaya di kebanyakan negara-negara lain, dalam ekonomi, pendidikan dan politik. Sehinggakan, bangsa mereka menjawat, jawatan Setiausaha Asean sekarang ini.

Kalau kita lihat peniaga Tomyam di Malaysia sahaja, boleh dikatakan hampir semuanya berjaya, dan dimiliki oleh Melayu Patani. Pensyarah di British Consul Pulau Pinang juga, ada mereka. Bukan sahaja di Saudi Arabia, atau negara Arab yang lain boleh kita jumpa, malah mereka juga boleh kita bertemu di Belanda, England, Australia,Jerman, sebagai bangsa yang berjaya.Boleh dikatakan, dimana negara didunia ini, Bangsa Patani pasti ada menjadi individu berdikari dan berjaya.

Kini Selatan Thai telah banyak menerima tetamu antarabangsa yang bersidang bagi membincangkan akan masa depan pendidikan, ekonomi dan sosial Umat Islam. Terkini mereka dihadiri oleh pakar pelbagai bidang dari 48 negara, bagi membincangkan 'Masa Depan Pendidikan Islam Dalam Dunia Globalisasi'. Bukan sekadar nak bersidang sahaja, seperti setengah pemimpin yang terlebih RITORIK, (berdegar-degar bersyarah, diberi amanah, habuk pun tarakk, kata Mat Penang!) malah mereka yang terlibat di Selatan Thai ini, akan pastikan pelajar Islam diterima pasaran, dan dimanafaat amalan, serta semua bidang pembelajaaran diadaptasi dengan konsep Islam.

Kertas cadangan dan perbincangan yang berjalan, amat memberangsangkan. Mereka, Bangsa Patani, sedang menyediakan diri, sebagai bangsa masa depan, dan jangan pelik, apabila bangsa Patani ini satu masa, akan memimpin dunia globalisasi. Dengan faktur sejarah perjuangan mereka ini, besar kemungkinan terjadi!






Moga-moga dengan tulisan ini akan mengingatkan Islam di Malaysia, supaya jangan jadi 'Ayam mati lapar Di Kepuk Padi, Itik mati lemas di air'


Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing