Pusat Kianati Kelantan
Husam berharap Awang Adek dapat membuktikan sejumlah wang tersebut dan sekiranya ia tidak dapat dibuktikan beliau akan mengambil tindakan seterusnya.
“Saya hairan macam mana dia dapat angka tersebut dan bagi pihak kerajaan penganjuran ekspo tersebut amat berjaya dan adalah jahil sekiranya beliau mengatakan hanya sebagai pameran sejarah semata-mata dan tidak membawa apa-apa keuntungan kepada negeri,” ujar beliau.
Beliau berkata demikian di sidang media selepas majlis Pecah Tanah Dataran Rakyat di Bandar Baru Tunjong yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dewan Konvensyen Kelantatan Trade Centre hari ini.
Beliau juga berkata kedatangan Setiausaha Agung Asean, Dr Surin membuktikan kejayaan Ekspo Cheng Ho dan begitu juga kedatangan pelbagai lapisan pedangan dari negara China dan pendedahan media asing khususnya dari negara China membolehkan Kelantan dikenali ramai dan akan menarik pelabur dari benua tersebut.
Sementara itu, Tuan Guru berharap pihak Perbadanan Bandar Baru Tunjung dapat menamakan satu jalan dalam bandar tersebut dengan nama ‘Jalan Haji Cheng Ho’ bagi meraikan hubungan baik antara masyarakat Islam Kelantan dan masyarakat Cina Islam dan bukan Islam.
Dataran Rakyat yang berkeluasan 6.591 ekar bagi pembinaan sejumlah 460 unit lot-lot bangunan perniagaan, pihak pemaju turut menyediakan proses pembiayaan skim pembiayaan mudah bagi Bumiputera dalam mendapatkan lot-lot bangunan tersebut.
kuti kisah lanjut Mohd Cheng Ho dalam..E-Buku IH-4: Ke China Bersama Datuk Husam
Comments