Hijrah Berjaya

Jamaah Masjid Pekan Darat,Butterworth bersalaman dengan
Kamarudin Leong dan Brother Adam Abdulah
Pengunjung Yang Memenuhi Masjid, Khusuk Mengikuti
Pegalaman Adam Memeluk Islam
Kamarudin Leong Berganding Dengan Adam Seketika
Yusof Antony Berganding Dengan Adam Pada Awalnya

10 Disember.Masjid Pekan Darat, Majlis penerangan 'Hijrah dari Sikh ke Kristien ke Islam', amat berjaya. Majlis yang dihadiri hampir memenuhi ruang Masjid dari kalangan Muslimin dan Muslimat itu, menunjukkan minat kepada penerangan bentuk baru ini.

Brother Adam, yang dulunya bernama Oodham Sing, mulakan majlis penerangan Hijrah beliau selepas solat Magrib. Walaupun majlis telah bermula, masih ramai orang baru smpai Masjid bagi mengikuti program yang bersejarah ini.

Para jamaah amat menunjuk minat apabila mereka menunggu sehingga tamat majlis, sekitar jam 9.30 malam. Selepas majlis ceramah penerangan ini, semua turut serta menunaikan solat Isyak dan bersalaman dengan 3 pendawah dari kalangan bukan melayu ini.

Majlis yang bermula dengan ucapan Adam, disulam dengan beliau menjemput Yusof, dan kemudiannya mengundang pula Kamarudin, yang baru beberapa bulan memeluk Islam, dan mereka berjaya memikat pengunjung masjid.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan