Hijrah dari Sikh ke Kristien dan Sekarang Islam.


Saya kenal Adam atau nama sebenarnya Hj Adam Rendhawa Oodham bin Abdullah, melalui salah seorang abang saya. Dia yang mengetahui minat saya dalam da'wah pelbagai dimensi. Masa saya kenali beliau, beliau seorang yang pendiam dan banyak mendengar.

Yang menjadi minat beliau berurusan dan berkolebrasi dengan saya ialah, saya mengajak beliau keluar menyerlah, bukan berkubu seperti kaedah lama yang biasanya. Biasanya seseorang yang memeluk Islam sebelum ini akan diletakkan dalam keadaan seperti kanak-kanak yang belum tahu apa-apa. Mereka akan diminta belajar dan belajar, seolah-olah menyediakan mereka sebagai ustaz. Belajar memang baik dan perlu, tetapi bukan memisahkan mereka dari kehidupan, menjadikan mereka sebagai penerima sedekah. Sebaliknya memberikan mereka tanggungjawab menghebahkan Islam.

Adam menjadi mangsa atas pendirianya memilih Islam. Beliau dipulau dan diasingkan dari keluarga dan hak beliau dalam warisan dan lainnya. Beliau dipukul keluarga, dan penganut agama yang fanatik lagi exstrimis, yang beliau bersama mereka sebelum ini. Beliau pernah dilanggar dengan kereta, yang menyebabkan tulang belakang dan kaki beliau cedera teruk dan meninggalkan kesan kepada fizikal badan sehingga sekarang.

Beliau yang berasal dari keturunan Sikh dengan nama Oodham Singh. Apabila beliau mencecah 13 tahun, beliau dibawa ke Sabah, dalam usaha menjadikan beliau aktivis Kristien. Beliau berkhidmat dengan Kristien agak lama, dan menempah banyak kejayaan dalam menarik ramai peribumi Sabah dan Sarawak kepada agama Kristien.

Apabila ramai pengikut Kristien dilanda pengaruh Agama Bahai, agama baru dari India. Adam telah dihantar ke Medan, Indonesia, bagi menjalani latihan intensif gerakkan Kristien, untuk persiapan menghadapi perkembangan pengaruh Agama Bahai yang semakin kuat melanda Kristien.

Sekembalinya dari Medan, beliau telah ke Negara Brunei. Ketibaan beliau di Brunei ini telah menjadi turning point, mengubah kehidupan dan kepercayaan beliau kepada amalan Kristien yang berteraskan 'Kasih dan Peduli'. Disini beliau telah bertemu dengan seorang Siak Masjid di Brunei dan hanya dengan beberapa dailog ringkas dan pendek, menyebabkan beliau menerima cahaya kebenaran, dan Adam dipraktikkan perkara pertama selepas Syahadah, dengan terus mandi dan mengikuti solat, dalam keadaan beliau tak faham dan hafal atau tahu bagaimana solat.

Kini Adam kembali ke Sabah dan Sarawak, mengajak mereka yang pernah beliau ajak kepada Kristien untuk langkah ke Islam. Beliau terus menerus mengekalkan prestasi rekod beliau, apabila mengislamkan orang setiap bulan, dan kadangkala beliau mengislamkan sekampung masyarakat Borneo di Kalimantan maupun di Sabah dan Sarawak.

Untuk berkongsi kejayaan dan pengalaman, saya bersama Ustaz Izham membawa berceramah;


Oleh : Brother Hj Adam Rendhawa Oodham Bin Abdullah
( Ooadham Singh)
Tempat : Masjid Pekan Darat, Butterworth.
Masa : Solat Magrib Berjamaah dan Ceramah sehinga Isyak.
Tarikh : 10 Desember 2010(Jumaat) 4 Muharam .


Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan