Masa Depan PAS Terengganu + UMNO

Masa depan PAS Terengganu, nampak semakin kelam dan tak kesampaian. Idea dan pemikiran, semakin jauh ditinggal zaman. Keyakinan masyarakat kepada PAS di Terengganu tidak bertambah, malah makin menurun.
Mapukah PAS mengeluarkan satu taktik baru yang mengejutkan selai dari banyak masa dihabiskan di Pejabat MB Terengganu.

Kadang kala PAS Terengganu dilihat tidak ada gaya bergerak dan bertindak. Pemudanya asik dengan HIMPIT berulang kali tanpa kemajuan, Ulama dengan Fatwa yang bercangah dengan PAS di Kuala Lumpur. Seringkali kita dengar PAS cuba bergantung dengan UMNO untuk menguasai negeri.

Perlukah PAS Terengganu berubah, atau Pemimpin diubah. Kalau mereka rela pencen, mungkin lebih membanggakan penyokong PAS seluruh Malaysia. Kata seorang pemimpin Ulama PAS di Kuala Lumpur, 'susah nak ubah punggung, kalau dah duduk atas kerusi empuk lama sangat'.

Kini sekali lagi Terengganu mendapat nama, apabila Fatah Harun Kelantan mendedahkan, Ada usaha nak dengan UMNO. Apakah mereka sudah buntu fikiran untuk menawan Terengganu?

Sudah !,sudah !,sudah !. Kalau dah tak nampak jalan, beri laluan kepada orang lain menggerakkan PAS Terengganu. Esok, kalau mati pun, PAS bukan nak rugi dan mati sama. Perjuangan PAS perlu kepada kemajuan, bukan mengundur kebelakang demi tradisi kuno.

Kita kena lebih diyakini dalam politik dan pengurusan, sebagai contoh, HARAKAH sebuah badan dibawah naungan PAS yang beroperasi sebagai medan maklumat dan profit agensi kepada parti, kenapa tiada audit profesional dilantik? samada dalam kualiti berita maupun kewangan dan pengurusan?, supaya kita lebih maju dan berperancangan. Sampai bila kita nak pertahan retorik wala', dan sirr, demi kelansungan jawatan dan penguasaaan. Semua syarikat maju menjadikan audit, salah satu instrument kepada persiapan meyediakan momentum atau lonjakan kepada syarikat itu!

Jangan ulang jadi KO-HILAL. KO-QAMAR. KO-FALAH. KO-HANAN, KO-** !!!

Kalau Generasi muda PAS yang mau lihat Islam tertegak diMalaysia ini, mereka mesti bekerja untuk menyediakan pasarana masadepan parti yang sophisticated dan Kecemerlangan lebih di Syiar, sebelum masa sampai ke matlamat itu.


Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan