AWAS!!

Awas! Pimpinan PAS Kawasan Balik Pulau sedang berkempen. Seorang kawan lama telah telepon saya pagi-pagi lagi, maklumkan. Dia berjumpa Pimpinan PAS nom satu, dua. tiga punya ni, katanya!

Kempen Apa Tu??? mari kita lihat dailoq mereka.

Pimpinan : Kami, PAS di Balik Pulau ni tak boleh bergerak lancar !

Si A : Kenapa, Polis kacau ka, Umno buat hal ka ?

Pimpinan : Masalah besar, kalau setakat polis, atau UMNO tak pa !!!

Si A : Eh eh ! apa tu ?

Pimpinan : Zol Md Lazim, dia dok bawa mai tauke balak mana tak tau, di Balik Pulau ni !

Si A :Patutnya bagus la! Dia boleh bagi maju Balik Pulau, sumbang duit ke PAS. Tapi pasal
apa pula masalah?

Pimpinan : Dia bawa mai tauke balak ni dok melabur, dan ajak orang melabur apa, tak tau la?

Si A : Bagus la, bukan hampa tak kenal Zol, lama dah dia di Balik Pulau ni, Tak pernah dia
tipu duit orang, ambil harta orang!, Kalau silap cakap, kasar tu ada la sikit-sikit!,
Orang lain pun, lagi buruk pun ada, kadang tu berserban jubah lagi, tipu merata di
Balik Pulau tu.

Pimpinan : Hang ni memang orang dia, hang bela sakan laaaa!!!

Si A : ?????

Oleh kerana dia kawan lama dimasa saya berjuang buka PAS Balik Pulau dulu, tubuh cawangan-cawangan bersama, dan dia ni bagi saya, perawi Sahih.
Bila dia bertanya saya. Saya cakap saya pun tak tau apa cerita ni. Tapi kalau ada peluang saya buat dulu, pasal apa nak bagi ke orang?
Bila saya nafi, yang saya tak buat kerja seperti yang dia cerita tu, dia mula merungut, dengan berkata, Yang PAS balik Pulau ni memang tak dak program, dah tak dak kerja, kata orang sekat mereka bekerja.

Saya paparkan disini sebagai PENAFIAN, dan kalau sesiapa yang didatangi orang, dan ajak melabur dengan nama saya, JANGAN PERCAYA! dan kalau boleh lapor kepada pihak Polis.

Siapa yang berjaya buat laporan Polis dan tertangkapnya penipu ini saya bayar SAGU HATI!! Tu pun kalau cerita ni betul terjadi. Kalau hanya nak kempen perburuk nama saya, saya rasa makin hebat pula, sebab setiap mesyuarat PAS, perbincangan PAS, kena sebut nama Zolkifly Bin Md Lazim, kalau tak, tiada seri majlis tuuu!

Comments

Anonymous said…
Salam,
Zol Lazim nii,hebat mana huh? semua balik pulau tergugat dgn nama dia mcm sang kelembai pulak...apa punya turrr lahh balik pulau...

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan