Diundang ke Show Maher Zain
Saya bertolak balik dari KL jam 12, kerana hadir jemputan sebagai tetamu di majlis Malam Setulus Kasih bersam Maher Zain di Sunway Subang. Majlis yang di adakan bagi mengutip derma, untuk dijadikan sumbangan kepada yang memerlukan ini, di terajui oleh Muslim Aid Malaysia. Mereka telah berjaya menjual habis meja yang bernilai RM10,000 hingga RM3000. Majlis ini juga berlangsung selama 3 hari, dan jemputan khas mereka ialah, Artis paling popular didunia sekarang ini, Maher Zain. Saya selaku Penasihat Mutiara Infaq, Komiti Anak yatim telah diundang atas tajaan, Tunas Indah Niaga, sebuah syarikat entertainment terbesar di utara Malaysia sekarang ini.
Saya juga diminta untuk libat diri merundingkan, supaya Maher Zain dibawa khas oleh syarikat yang menaja saya. Sayangnya Maher Zain mempunyai jadual yang penuh sehingga July 2011, walaupun bayaranya RM150,000.
Comments