Strategi & Organisasi: Untuk Kalah Atau Menang

Saya baru lepas mesyuarat PIBG sekolah anak saya. Sebagai pengerusi ,saya dimaklumkan akan prestasi pelajar selepas keputusan peperiksaan. Sasaran pihak sekolah, 20 pelajar untuk mendapat 5A. Apa yang terhasil, hanya 11 pelajar dapat 5A.

Saya membebel juga kerana, dalam mesyuarat ini, lagi sekali pihak sekolah mensasarkan 20 pelajar mendapt 5A untuk tahun 2011 kelak. Dalam leteran itu saya jelaskan, melihat kepada kesungguhan pelajar hadir kelas intensif dan kelas tambahan melebihi 35 orang, amat konsisten kehadiran pelajar ini, walaupun bulan puasa. Kesungguhan guru juga luar biasa menyumbang tenaga dan masa. Kenapa tersasar? soal saya.

Saya minta sekolah buat satu post morterm akan sebab tidak tercapainya sasaran sekolah.
Kalau guna strategi dan tektik untuk tidak dapat sasaran, buat apa kita ulang ? tegas saya.
Lebih baik cari kaedah lain, dan lebih meyakinkan!!!

Tulang Besi melapurkan, Ustaz ADC ada turun Kelantan, bertemu Ust Yahya Osman dan beberapa pemimpin lain. Tujuan beliau, nak ajak semua tolak buku Dr Mujahid,' Menuju PAS Baru'. Malah di seluruh Malaysia, ada segelintir kecil puak yang cuba menghalang strategi baru untuk PAS menang, sebaliknya cuba mempertahankan taktik yang sememangnya untuk kalah . Yang sahnya, mereka ini mempertahankan strategi untuk menjadi penguasa PARTI sampai kiamat! walau dengan apa cara pun.

Pemimpin Islam mesti lawan dengan hujah, bukan fitnah !
Pemimpin Islam mesti berani berdepan, bukan tikam belakang !

Saya ada mencadangkan supaya buku Dr Mujahid ini, di usung segenap negeri untuk di bahas dengan hujah, dan di tolak atau di terima dengan hujah. Sebab buku ini bukan ajak membuat dasar baru, atau mengubah dasar sedia ada, sebaliknya buku ini, mengajak mengadakan satu strategi baru, yang memberi satu lonjakan kepada PAS, dalam menghadapi situasi politik baru Malaysia kini.

Mari kita selidik dan siasat serta buat satu survey, bolehkah Terengganu balik ke PAS? Kalau boleh, ayuh kita sokong dan bantu dengan sepenuhnya. Sebaliknya kalau tak boleh, ayuh kita proses pembaikan strategi, maupun struktur organisasi!

Saya berbincang dengan banyak pimpinan muda di Terengganu. Apa potensi PAS untuk kembali berkuasa di Terengganu, atau merampas Malaysia ? Semua menjawab, kalau Terengganu PAS nak kembali berkuasa 'SUSAH Le'. Kalau begitu, kenapa masih nak guna strategi sedia ada untuk kalah, baik kita tukar strategi dan penyusun strategi baru yang lebih baik dan memberi kesan. Jangan, bila kita buntu atau buta jalan, kita kata orang lain pun sama, bodoh macam kita!

Ketika Sultan Salehuddin gagal menghalang tentera Richard mara menguasai banyak daerah dan wilayah jajahan Othmaniah. Sultan Salehudin memanggil mesyuarat kabinet beliau. Kabinet beliau juga buntu, menyebabkan beliau membuat pengistiharan Rasmi Kerajaan, bagi mencari strategi baru menghalang dan menghalau musuh. Yang baiknya Sultan Salihuddin, beliau menerima pandangan rakyat biasa bawahan, dan dengan sikap dan tindakan itu, telah membawa keputusan menang.

PAS dalam menghadapi Politik Malaysia yang akan menarik Parti ke gelanggang dalam masa terdekat ini, mungkin tak sampai 4 bulan lagi, PAS amat perlu kepada General dan taktik serta srategi yang pintas dan pantas, untuk menang.

Comments

Anonymous said…
Memahami fiqh siyasah memerlukan kematangan dlm menilai perubahan zaman serta keperluan semasa. PAS akan gagal dalam dakwah jika terus mengekalkan kaedah menghukum dan melabel di dalam kepelbagaian dakwah semasa.

Pekerja PAS jika terus menganggap semua orang mempunyai satu kepala berfikir cara mereka, bangsa mereka, atau negeri mereka, bermakna berterusanlah PAS akan duduk dlm tahap penafian, dan jadi syok sendiri semata.

Dlm byk pilihanraya kecil, terutamanya di Bg Pinang, jelas cara pemikiran saraf ala Terengganu, atau lebih tepat cara lama dan tertutup seperti Ustaz ABC lakukan menjadikan org lebih marah dan pandang serong bukan pada PAS semata, labih lagi pada PAS.

Pemimpin yg lama dalam PAS kena berfikiran semasa dgn wa'yul Islami yg kukuh. Mampu meangapplikasi apa dlm tarbiyyah Islam kepada pengurusan dan tindakan parti.

Saya nampak individu seperti Ustaz ABC dan beberapa lagi pemimpin dari Terengganu dan yg bersikap sedemikin perlu bukan lagi diletakkan dalam arus utama gerakan massa PAS.

Gagalnya PAS menrealisasikan harapan tersebut, bermakna jauhlah lagi ISLAM nak bertapak lebih kukuh di Malaysia, walau dalam tahallud sekarang ini. Kalau cara berfikiran tertutup di Terengganu dan lain2 tersebut cuba di paksakan di Malaysia, alamatnya PAS blh jadi semula macam 2004.

Pada saya cukuplah dgn segala jasa yg Ustaz ABC dah berikan pada jamaah. Kena sedar bahawan byk kelamahan diri yg semakin menonjol dlm gerakerja jemaah semasa.

"Kurangkan menghukum, pelbagaikan dakwah...".

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing