PRK Tenang: Ada Kejutan !!
Pilihan Raya Kecil, Dewan Undangan Negeri, Tenang, dalam Parlemn Lubis, akan diadakan pada 30 January 2011, manakala penamaan calon pula akan diadakan pada 22 Jan 2010. SPR telah membuat pengumuman rasminya sebentar tadi.
Pilihanraya ini berikutan kematian ADUN disini, Datuk Sulaiman Taha,59 tahun yang meninggal dunia di Hospital Pakar Puteri pada 17 Disember yang lalu.Allahyarham yang mengalami jangkitan kuman dalam darah semenjak 24 November yang lalu meninggal dunia sekitar jam 1.10 pagi Jumaat.Apapun,yang pastinya negara bakal berdepan dengan satu lagi siri pilihanraya kecil,yang keempat belas dalam tempoh tiga tahun sejak Mac 2008.Untuk rekod,pilihanraya kecil terakhir di Johor adalah hampir 21 tahun yang lalu di N33 Tambatan dalam Parlimen Pulai pada 5 Ogos 1989 berikutan kematian Adun kawasan tersebut,Allahyarham Mahmood bin Daud.
N5 Tenang terletak di dalam Parlimen Labis,di kawasan utara negeri Johor. Secara umumnya,jumlah pemilih di Dun tersebut dalam daftar pemilih Tahun 2008 adalah seramai 14 511 orang pengundi dengan pecahannya iaitu 49.59% daripadanya adalah pengundi Melayu,38.24% Cina dan 12.07% India.
Pada Konvensyen Ahad lepas, PR telah mengumumkan PAS akan mewakili PR padaPRK, DUN Tenang.Dengan itu PAS akan meletakkan calonnya di DUN Tenang sambil yakin bakal mencatatkan kejutan pada pilihan raya kecil kali ini berdasarkan prestasi parti itu sejak lebih sedekad lalu.
Mengambil kira pengalamannya bertanding dalam tiga pilihan raya umum yang lalu - 1999, 2004 dan 2008, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, partinya akan bertanding di kerusi tersebut.
Papan Tanda Markas PAS Pulau Pinang, Sama Macam Bagan Pinang Juga.
Markas PAS PRK Galas, Ini Yang Mampu PAS Pulau Pinang Sediakan
Komen Kawan-Kawan: Jangan nanti orang Johor yang terkejut, PAS akan kata "kami akan bawa pembangunan dan kemajuan yang lebih hakiki" !!!' Bolehkah pengundi Johor yakin dengan kita yang zuhud lagi berTarbiah.
Mungkin kita kata, kita Under Dog! Jangan Pengundi Johor kata kita Bull ***.
Di Galas, banyak menyalahkan PAS Kelantan, kerana tak berjaya mempertahankan DUN tersebut. Kelantan pula pening kepala dengan Briget bantuan luar! 'Sokong Bawa Rebah'
Tema Pakatan Rakyat di Konvensyen baru ni, mungkin boleh pakai sendiri.
Comments