Posts

Showing posts from August, 2010

Ramadhan Kareem

Image
Meraikan 4 keluarga anak yatim di hotel Sungai Petani, bersama dengan Otai SYM Bikers Club, Mutiara Infaq serta Tunas Indah Niaga Enterprise, Makan berbuka puasa , solat Magrib, sambung makan , solat Isyak serta Solat Terawih , kemudia majlis tayangan video slide aktiviti Kembara Kasih di Ambang Ramadhan, Ceramah ringkas, sumbangan duit dan barangan.Majlis tamat jam 11.30pm. Anak yatim di bawa dari Kampung Binjai, Bayan Lepas. Pekan Darat, Tasik Gelugor, Kubang Semang dan Bukit Kecil, Butterworth. Tahniah semua!!!

Penceramah Ganti !

Image
Asyik! membetulkan kalimah kata-kata untuk kefahaman penonton Menjelaskan pengalaman dalam perjalanan ke bumi Palestine February 1999 Semalam saya secara bidan terjun, diminta penganjur Karnival Mahabah Ramadhan @Syawal yang berlangsung di Kios Bertam, menggantikan penceramah jemputan yang terlibat dalam misi Mavi Malvara, yang tidak dapat hadir menyampaikan penerangan mereka. Saya dimaklumkan untuk ganti penceramah sekitar jam 6.45 petang, hampir nak masuk waktu berbuka puasa.Saya bergegas pulang mencari pen drive lama saya kalau-kalau masih boleh digunakan untuk panduan saya, bagi menyampaikan pengalaman saya yang hampir sama , yang 2 tahun awal sebelum berlaku peristiwa pembunuhan di atas kapal Mavi Malvara, oleh tentera Israel di perairan antarabangsa. Saya cuba hubungi Sobri Harakah , kalau-kalau boleh membantu memberi maklumat, tetapi beliau cuma jawab, kalau dah biasa ceramah tak pa, goreng macam mana pun boleh, jangan yang tak boleh bercakap, nanti putih mata dia, terkebil-k...

Al-Furqan di Malaysia

Image
Al-Quran yang di turunkan pada 17 Ramadhan, ada pembeza antara baik dan buruk, keiklasan dan hipokrit Kesungguhan Da'wah PAS sedang meninggalkan kesan. Ramadhan sebagai bulan yang membezakan kebenaran dan penipuan ini, sekali lagi mendedahkan gejala dan amalan yang membezakan kebenaran dan pembohongan ini terdedah di khalayak.Isu terbaru yang panas dibakar oleh media sebelah pihak BN dan tokoh-tokoh UMNO, sedang menjadikan bahan kempen untuk semarakkan api perkauman. YB Teo Nie Ching dari DAP pula dijadikan subjek baru mereka, kalau masih kita ingat lagi,pada tahun 2008, YAB Lim Guang Eng menyertai majlis Maulud-ur-Rasul dan menyertai majlis berbuka puasa di masjid-masjid seluruh Pulau Pinang dijadikan subjek pembakar semangat bangsa, namun gagal! Sekali lagi mereka cuba dengan YB perempuan pula. Tapi usaha mereka ini sering padam dan sejuk oleh jirusan dari kenyataan YAB Tg Nik Abd Aziz. b. Nik Mat.Mereka gagal mengembalikan semangat dan suasana membara 13 Mei, kerana Fatwa Ni...

Bersama endakwah Celebriti .

Image

Ramadhan Dengan DBMHospital Gelugor

Image
Yang bukan Islam turut sama meraikan ,majlis berbuka puasa Sedang beramah bersama kakitangan DBM Cawangan Gelugor. Biasa le,nak minta duit Raya,Bonus,dan insentif lain masa ni la! Ini betol tengah hi punya nak berbuka puasa, kawan pun tak nampak dah Sedang bersiap menghidang Tenguk,pilih dan ambil bau dulu,Boss biasa! dulukan pekerja

MUTIARA INFAQ KOLEBRASI PERDA

Image
Hari ini Mutiara Infaq , Komiti anak yatim yang sedang berkembang maju, menjadikan kegiatan membantu anak yatim yang masih dijaga oleh waris mereka sebagai sasaran bantuan. Kolebrasi, dijadi teknik gerakan Mutiara Infaq lebih cepat berkembang dan membantu.Terkini Mutiara Infaq bekrjasama dengan PERDA yang telah menawarkan bantuan kepada anak yatim piatu yang terdapat dalam rekod Mutiara Infaq ,dan 20 orang anak yatim piatu diraikan bersama waris mereka. Majlis yang bermula sejak jam 6.15 petang diserikan dengan ucapan Dato Azmi Pengurus Besar PERDA, dan penyampaian sumbangan berupa wang kepada anak yatim ini dijalankan sehingga majlis berbuka puasa. Majlis berbuka puasa di hidangkan dengan menu special, iaitu Kaming, masak kurma,Rusa liar dengan gulai kacang dan ayam goreng berempah.Kebetulan malam ini Mutiara Infaq berjalan 2 majlis serentak, satu lagi acara di kios Bertam, Kepala Batas, seramai 20 orang anak yatim juga dirai disana dan telah diwakili oleh Pengarah, Tuan Hj Izham Hash...

KELANTAN SAMAN PETRONAS

Royalti Petroleum: Kelantan sah saman Petronas Published on August 25, 2010 by editor · 1 Komen Print This Post •Mesyuarat Exco hari ini putuskan tindakan undang-undang ke atas Petronas •Writ saman difailkan di Mahkamah Tinggi Jalan Duta 30 Ogos ini KOTA BHARU 25 Ogos – Mesyuarat exco kerajaan negeri Kelantan hari ini memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Petronas ekoran kegagalannya membayar royalti negeri itu seperti termaktub dalam perjanjian. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan negeri akan mengemukakan fail writ saman terhadap Petronas 30 Ogos ini. “Writ saman ini dibuat selepas ianya mendapat keputusan pada mesyuarat exco tadi,” ujarnya. Katanya, saman berkenaan akan dibuat di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Bahagian Perdagangan kira-kira pukul 9.30 pagi. Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob, juga dijangka akan hadir. Beliau berk...

Berubah atau Rebah!

Image
Dari data SPR ini, dapat disimpulkan PAS berada dibelakang sekali dalam menyediakan kelengkapan dan persiapan menghadapi Pilihanraya Umum ke13. Perlunya PAS membuat reshuffle pada penjawat jawatan atau tukar kepada tindakan dari cakap kosong sahaja. Isu bukan menjadi satu-satu alat untuk menang pilihanraya, sebaliknya strategi kuat dan lemahnya peralatan perang atau kurang persiapan menjadi faktor utama , mana mungkin perjuangan itu mencapai kemenangan kalau semua ini lemah, melainkan 'melukut ditepi gantang' kata pepatah Melayu, kita cuma mengharapkan ihsan orang dan gerakkerja kawan untuk menang. Lebih huduh, kalau kita dikatakan menjadi kuda tunggangan orang, kerana selalu kita dapat dengar, ucapan dari panglima besar dan kurang besar yang mendakwa PAS yang kuat, PAS yang ada petugas, PAS yang buat kerja-kerja pasang poster dan ceramah. Kalau kuat tanpa strategi , jadi sibodoh berbadan besar, sering ditipu,dibudak-budakkan,dipermainkan atau dijadikan bahan orang.Jangan k...

Pusat Ikut Negeri

Kerajaan bersetuju membayar bantuan khas kewangan sebanyak RM500 kepada kakitangan awam dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Bayaran akan dibuat sebelum 1 Syawal, lapor Bernama. Saya rasa elok juga sebagai bapa(kerajaan Pusat) bayar RM500. lebih RM100 dari RM400 yang anak bagi( kerajaan Negeri) kepada kakitangan awam.Nampak macam semua dasar dan perlaksanaan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat betul saja!, Pusat kalau jadi Pakatan Rakyat tentunya lebih betul.

BERSAMA YANG BARU MUSLIM

Image
Dia ni dari Jordan, sering berjamaah di Masjid ni. Kawan ni pula dari Afghanistan, yang jadi chef malam ni, saya pembantu chef tukang buka paket je Ni Dia Ahli Syurga yang saya maksudkan Bulan Puasa ni biasa la, teringat nak makan saja!. Dalam ingat makan terkenang saya akan keterlibatan saya dengan Jamaah Masjid Jamik Queensland, Australia, menyediakan makan malam.  Menu kami hari tu ialah Nasi Briani Afghan , dengan kari kambing tanpa santan kelapa.  Paste tomato dijadikan bahan ramuan,  Nasi yang setelah hampir masak itu, di simbah dengan gula merah yang di tumis. waooow, sedapnya!! saya makan bertambah-tambah. Hari Jumaat biasanya sebelah malam, Kariah Masjid ini bergotong royong menyediakan juadah untuk makan bersama para jamaah. Kebiasaannya di Masjid ini setiap minggu itu, akan ada orang baru memeluk Islam. Malam itu memang bertuah saya. Saya dapat bersalaman dengan beliau selepas beliau melafaz syahadah. Yang sah akan masuk syurga dia, kalau umurnya setakat malam ...

UMNO Lawan Islam

Image
Ust Zakaria Ahmad telah bertemu MAIPP dan badan panel penilai, berkenaan khutbah Jumaat yang disampaikan beliau.Beliau telah memberi keterangan, dan mengaku yang beliau mungkin tidak kena tempat berdoa kepada YAB Lim Guan Eng,dalam Khutbah Jumaat."Bagi saya, berdoa (untuk orang bukan Islam) itu tidak salah cuma cara berdoa dan tempat (ketika khutbah Jumaat) itu yang dikatakan menjadi kesalahan!katanya. Tapi beliau akan terus berdoa dalam majlis majlis di lain tempat, sebab beliau berdoa supaya Allah beri hidayah kepada KM supaya dia memeluk Islam.Beliau juga telah disensasikan oleh media, sehingga begitu masyhur di seanterio dunia.Berita arus perdana mengubah fakta, mendakwa Khatib menggantikan doa keatas Yang DiPertuan Agong kepada Doa kesejahteraan Lim Guan Eng. Tiba-tiba terdengar pula istilah orang Melayu' Nasi Tambah ', Exco Pemuda UMNO Rizal Marikan mencabar Pemuda PAS yang menghalalkan doa kepada Lim Guan Eng. Kalau boleh, saya cabar supaya semua masjid di Kelantan...

Hudud:Antara Kaca dan Permata

Image
Murshidul Am PAS , Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat juga selaku Menteri Besar Kelantan, yang berterusan memperjuangkan Negara Islam dan dalam istilah perlaksanaan Hudud yang menjadi ketakutan atau pun kebanggan kepada sesetengah orang. Dalam kes terbaru,dalam menangani isu sosial dan pembunuhan bayi, YAB Tuan Guru Nik Aziz cadangkan Hudud dilaksanakan, bagi mengatasi masalah ini.Dan dengan penuh yakin, beliau mengatakan masalah ini akan selesai dengan hudud dilaksanankan. Dalam masa sama juga, bagi pengamal undang-undang veteran dan polikus terkenal Karpal Sing pula menentangnya. "Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," kata Karpal. Disinilah kita melihat kesatuan dan perpaduan Umat Islam yang dilaungkan sama ada oleh parti politik seperti UMNO maupun NGO seperti PERKASA , GAMIS ...

Acara! Acara! Acara! akan disusuli lagi

25 Ogos , jom berbuka dengan Saudara Baru dari Sikh dan Cina,(bakal Ahli Syurga), di Markas PAS Kg Pelet,Penanti, Penawar DBM Hospital taja makan.Ajak Saudara Baru Kalau ada!!! 26 Ogos , Jom berbuka puasa dengan anak yatim di Bertam Kios,Kepala Batas, Sbr Perai Majlis juga akan di seri dengan puluhan gerai perniagaan turut menyumbang barang dan wang. makan di taja oleh Tunas Indah Niaga.

DOA KHUTBAH ,TERANG LAGI MENYULUH. Makna Buta ......t.

Image
Pasukan Khas Polis Siasat Khutbah GEORGE TOWN, 22 Ogos – Polis Pulau Pinang telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat isu kejadian khatib yang didakwa menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin kepada nama Ketua Menteri Lim Guan Eng, dalam doa khutbah kedua solat Jumaat. Ketua Polis negeri Datuk Ayub Yaakob berkata polis negeri telah menerima dua laporan mengenai isu itu iaitu yang pertama dibuat di Balai Polis Butterworth dan satu lagi di Balai Polis Tasek Gelugor dalam daerah Seberang Perai Utara. “Satu pasukan khas polis telah ditubuhkan bagi menyiasat kejadian tersebut dan sehingga kini 15 orang saksi telah dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita di sini pada Ahad. Beliau berkata polis menyiasat perkara itu mengikut Seksyen 4 A, Akta Hasutan 1984 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua- duanya jika sabit kesalahan. OOOi pak pacak Polis, Akta Hasutan ni ha...

Berirama dan Bekerjasama

Image
Syabas kepada Adik Mahadzir Zainol Abidin dari UiTM Kedah kerana menjadi johan Tilawah Al-Quran sempena Karnival Marhabbah @ Ramadhan Syawal di Kios Bertam pada 15 Ogos 2010. Beliau mendapat sijil penyertaan dan wang tunai RM1000 Alhamdullilah...... Seramai 8 orang memperdengarkan bacaan masing-masing di samping qariah jemputan Hajjah Khatijah Mohd Isa dari Bukit Selambau. Beliau juga menjadi juri bersama abangnya, Yusuf Mohd Isa. Hajjah Khatijah pernah menjadi Naib Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan tahun 1983-1984 mewakili Negeri Kedah tewas kepada Hajjah Rahmas dari Johor.

BERIRAMA DAN BEKERJASAMA

Image
Sedang menyampaikan hadiah pemenang pertama Kumpulan dan perseorangan yang menyertai pertandingan peringkat akhir Sekalung tahniah untuk Kumpulan Saotul Nisa' dari SMKA Al-Irshad kerana berjaya merangkul kejuaraan Festival Nasyid sempena Karnival Mahabbah @ Ramadhan Syawal yang diadakan di Kios, Bertam Kepala Batas. Mereka membawa balik sijil dan wang tunai RM1,000. Lagu 'Perpaduan Mencapai Kejayaan' hasil bimbingan Ustaz Jalaludin Zainudin juga pernah mendapat tempat ke dua semasa pertandingan Nasyid Nisa' Peringkat Kebangsaan beberapa bulan lalu. Kelebihan mereka mungkin bermain alatan sendiri...kaum Hawa pula tu serta berpakaian ala pengantin. Tempat kedua dimenangi oleh Saudara Saiful Mohd Saad yang membawa lagu dendangan Raja SMS, Mawi World, An-Jannah. Suara, rupa dan gaya berpakaian ketika dipentas persis macam suami kepada Ikin yang juga top dengan lagu 'gadis melayu'. Tempat ke tiga pula jatuh kepada pelajar dari Univesiti Institut Teknologi Mara (UiT...

Berbuka,Bermesra,Berniaga

Image
Hari ini jadual berbuka puasa saya di Gombak, DBM hospital, cawangan Sunway Batu Caves. Semua kakitangan saya hadir dan meyediakan juadah berbuka, sungguh mesra sekali hubungan yang terjalin dikalangan kakitangan DBM ini. Saya jadi serupa 'King' sebab semuanya kakitangan putri belaka, walaupun macam 'KING', tapi tak sampai sebut nama dalam khutbah Jumaat le!.Seorang kakitangan saya disini Cina bukan Islam, dia pun sama-sama menyibuk menyediakan juadah berbuka, walaupun dibantah oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, seperti dalam Utusan Malaysia hari ini, beliau menggambarkan seolah-olah satu fahaman dan amalan sesat, kalau orang bukan Islam libat sama dengan kegiatan Agama. Bukan Islam pula, yang pembangkang saja sesat, kalau BN kira ok. Sekitar jam 2 petang tadi baru saya bergerak dari DBM Hospital cawangan Permatang Pauh, Seberang Perai. Saya set auto cruse merce 119km/jam, saya sampai sana sekitar jam 5.15 petang, dan singgah di pejabat Majalah Muslimah , ker...

MCA Cabar DAP Nyatakan Pendirian Mengenai Dinar Emas

Image
KUALA LUMPUR: MCA mencabar DAP untuk menyatakan pendirian berhubung isu perdagangan dinar emas yang akan dilaksanakan kerajaan PAS di Kelantan. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, kenyataan telus DAP diperlukan kerana sekiranya PAS berjaya menguasai kerajaan pusat, adakah mereka bersedia menggunakan sistem yang diasaskan parti Islam itu. Beliau berkata, DAP juga tentunya bimbang berkenaan hubungan dagangan Malaysia dengan negara luar sekiranya sistem itu dilaksanakan sepenuhnya. "Pelabur akan khuatir adakah PAS akan jadi parti pemerintah dan kalau berjaya jadi parti pemerintah, dia (PAS) bakal laksanakan sistem ini. "Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan bahawa mereka akan melaksanakan sistem yang bergantung kepada "wang syiling emas". Jadi, kita nak tanya apa pendirian DAP dalam perkara ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MCA di Wisma MCA di sini, hari Jumaat. Pertamanya, kenapa MCA beriya sang...

DINAR EMAS: Satu Lagi Pukulan Smash

Image
Dinar Emas yang dilancarkan diKelantan oleh YAB Dato Tuan Guru MB adalah satu lagi pengenalan baru kepada Kelantan Negeri Islam. Setelah dasar perumahan yang menekankan aspek keselesaan dan keharmonian rumahtanga, seperti rumah sekurangnya 3 bilik di perkenalkan, dasar kerja dan buruh diperkenalkan dengan perempuan tidak perlu kerja malam, cuti bersalin 60 hari. Dasar hiburan yang menghalang percampuran gender,menggalakkan seni yang lebih intelectual dan mengekang seni berbentuk emotional. Dasar pengurusan berhemat, seperti memotong perbelanjaan tidak perlu kepada pimpinan,kepetingan rakyat mengatasi kira untung wang kerajaan dasar kebajikan seperi Skim Kifalah pengurusan kematian dan kebajikan warga berjasa, kaunter khas bagi wanita, penumpuan pendidikan yang lebih berwawasan.Dasar kebebasan agama dan dailoq agama. Semua kerja diatas telah dilaksanakan di Kelantan sejak tahun 1990 lagi, walaupun terpaksa berhempas pulas menahan serangan dan provokasi musuh, mereka berjaya juga, dan te...

CINA BAGI BONUS RAYA

Image
Semua 3,577 kakitangan awam Pulau Pinang akan mendapat bonus istimewa RM400.00 bagi menyambut Aidilfitri, kata Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang. Kemampuan Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi bonus ini memperkukuhkan lagi cadangan YAB Lim Guan Eng untuk memberi imbuhan kepada rakyat Malaysia RM1000 ,sekiranya berjaya tawan Putra Jaya. Nampak gaya Cina Gerakan yang UMNO sekonkol dengan Cina DAP yang PAS, PKR bekerjasama ada perbezaan banyak. Majlis Agama Islam Pulau Pinang tahun ini telah menerima dari Kerajaan Negeri sumbang RM24.3 juta, berbanding UMNO bagi melalui Cina Gerakan RM11 juta saja, di zaman pemerintahan BN yang dikatakan ekonomi berkembang segar bugar.

Penganas berkebajikan.

Image
Berdiri didepan pintu bilik Doktor . Persisi Musium Perang Kemboja yang pernah saya lawati Seorang ibu menemani anak yang sakit untuk di rawat oleh seorang (HA)Hospital Assistant Ruang menunggu Hospital Nabawan,Seorang pesakit yang mengadu, 'apa sakit pun Panadol juga'. Laluan Masuk ke bilik rawatan dan wad di Hospital Nabawan Nabawan,Sabah. sebuah daerah yang di perintah oleh seolah-olah sebuah kerajaan pengganas yang tidak di iktiraf PBB atau OIC. sehingga saya terlupa, yang saya masih berada di dalam negara saya Malaysia yang berdaulat, bila mana persekitaran pemandangan, pertuturan dan kemudahan asas yang dilihat tidak terdapat di tempat lain dalam Malaysia sepanjang saya merantau seluruh Negeri Negeri Semenanjung. Sabah adalah sebuah negeri yang kaya dengan hasil keluaran minyak mentah atau petrolium, Kayu Balak dan Sawit. Sabah juga antara negeri yang menerima pertukaran wang asing yang banyak, hasil kemasukan pelancung, lapangan terbang Kota Kinabalu bertaraf antarabang...