Melonjak Ngo, Mutiara Infaq







Seramai 40 buah motosikal jenis SYM serta enam MPV mengikuti program 'Kembara Diambang Ramadhan' anjuran Mutiara Infaq,Komiti Anak Yatim, sebuah pertubuhan yang menyedikan perkhidmatan 'rumah anak yatim maya'.Acara yang bermula penyerahan wang ringgit serta barangan keperluan seharian kepada keluarga di Kampung Binjai, Bayan Lepas.

Kehadiran Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf menyerikan lagi suasana Setiap kali persinggahan semua rombongan akan mengadakan kenduri kesyukuran dengan bacaan tahlil ringkas yang diketua oleh Pengarah Mutiara Infaq.

Rombongan singgah pula di rumah salah seorang penduduk Kampung Kubang Semang dan mengadakan kenduri makanan paling lazat gulai kawah batang pisang hasil sumbangan peniaga yang menjalankan perniagaan tersebut.

Selepas rombongan berehat selama setengh jam dan sembahyang Zohor di Masjid Jamek Kubang Semang semuanya bergerak pula ke Kampung Pulai, Baling, Kedah dengan melalui jalan Penanti ke Ara Kuda dan seterusnya menaiki Lebuhraya Kulim-Butterworth (BKE) di Lunas.

Bila sampai rombongan disambut meriah oleh wakil penduduk di sana dan sekali lagi tahlil berkumandang melalui corong pembesar suara. Di sana penganjur menyampaikan barangan yang sama dan merasai hidangan bihun goreng dan air sirap.

Selepas semuanya selesai rombongan singgah sebentar di Masjid berdekatan untuk menunaikan fadhu Asar sebelum bertolak terus ke Padang Pemuda Merdeka, Butterworth bagi bersama-sama menjayakan cabutan bertuah sempena Karnival Penang Harmoni anjuran Syarikat Tunas Indah Enterprise dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang..

Antara yang hadir dalam konvoi berkenaan ialah wakil SYM, Mr Ah Long seorang bukan Islam sertai ramai lagi penganjur bersama yang setia memberikan sumbangan ikhlas membantu anak-anak yatim yang senantiasa memerlukan bantuan dan perhatian masyarakat setempat.

Penasihat Mutiara Infaq, Zolkifly Md Lazim dalam ucapanya menegaskan, sempena kedatangan Ramadhan Al-Mubarak apa jua sumbangan akan dilipat gandakan.

Maka, ramai-ramailah berusaha mendapatkan pahala berkenaan di samping berpuasa di siang hari dan berterawih di malamnya dapat pula melaksanakan kerja kebajikan.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.