Al-Furqan di Malaysia

Al-Quran yang di turunkan pada 17 Ramadhan, ada pembeza antara baik dan buruk,
keiklasan dan hipokrit
Kesungguhan Da'wah PAS sedang meninggalkan kesan.

Ramadhan sebagai bulan yang membezakan kebenaran dan penipuan ini, sekali lagi mendedahkan gejala dan amalan yang membezakan kebenaran dan pembohongan ini terdedah di khalayak.Isu terbaru yang panas dibakar oleh media sebelah pihak BN dan tokoh-tokoh UMNO, sedang menjadikan bahan kempen untuk semarakkan api perkauman.
YB Teo Nie Ching dari DAP pula dijadikan subjek baru mereka, kalau masih kita ingat lagi,pada tahun 2008, YAB Lim Guang Eng menyertai majlis Maulud-ur-Rasul dan menyertai majlis berbuka puasa di masjid-masjid seluruh Pulau Pinang dijadikan subjek pembakar semangat bangsa, namun gagal! Sekali lagi mereka cuba dengan YB perempuan pula.
Tapi usaha mereka ini sering padam dan sejuk oleh jirusan dari kenyataan YAB Tg Nik Abd Aziz. b. Nik Mat.Mereka gagal mengembalikan semangat dan suasana membara 13 Mei, kerana Fatwa Nik Aziz adalah penentu tindakan Umat Islam, begitulah kira-kira bahasa yang sesuai bagi ucapan Tuan Guru, apabila berdepan dengan isu Nasional yang perlu kepada sokongan atau tindakan ramai.
UMNO sekali lagi mendedahkan kebodohan mereka dalam menterjemahkan Islam, yang boleh diamalkan oleh semua manusia. Mereka mula bermadah dengan bahasa bangang, yang menyebabkan masyarakat umum menampak jelas lagi mereka, dalam membohongi rakyat serta hipokrit mereka dalam perlaksanaan Islam diMalaysia.
Mereka yang menjadi pemimpin UMNO menjaguhi isu agama kononya, memfatwa dan menghukum, akan orang yang boleh masuk Masjid dan Surau, bagaimana fizikalnya?,bagaimana sepatut pakaiannya? apa kegiatan sepatutnya?. Kononnya begini dan begitu mestinya diMasjid dan Surau.
Bila rakyat yang berada di arus ledakan teknologi maklumat ini mencongak di Facebook, email, Blog dan seumpamanya, maka terselaklah kemaluan BN yang memalukan ini.
Gajah depan mata tak nampak, Kuman seberang laut yang dia nampak. Kata pujangga Melayu yang menjadi peribahasa untuk UMNO.
Benarlah ALLAH ,Bulan Ramadhan keramat ini, adalah bulan diturunkan Al-Quran yang menjadi Al-Furqan, pembeza, Kebenaran dan Pembohongan atau Hak dan Batil.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing