Tambah Nilai
Lawatan ke Sabah baru ini, telah saya gunakan untuk bertemu dengan usahawan PAS Sabah, Saya telah keluar dari rombongan Dr Mujahid bagi mengatur program ini,Itupun setelah di Kota Kinabalu baru saya ada kesempatan.Sedang Yb Dr Mujahid sibuk dengan teroka barunya di gereja-gereja dan perkampungan pendalaman, saya melangkah bersama 3 lagi rakan dari Semenanjung ,untuk acara lain, yang bagi saya, tidak kurang pentingnya..
Sebagai peniaga , saya ada kemahiran ini untuk berdakwah dan berjuang menegakan prinsip. Untuk itu kemana saya pergi, saya akan berusaha menghimpun, berbincang, berhubungan, dengan peniaga-peniaga tempatan, yang nak bersama menjadikan business sebagai alat perjuangan menegakkan prinsip.
Syukur, di Kota Kinabalu saya berkesempatan berjumpa dengan 6 orang pengusaha dalam pelbagai bidang, antaranya, Komputer, Interior Design, Insuran,Kontraktor,dan trader.Mereka bersungguh dalam bidang masing-masing.
Kami makan dan minum hampir 2 jam sambil berkongsi pengalaman dan maklumat, yang mana pada mulanya mereka di Sabah ini berfikir, kami nak berjumpa sebab nak berunding kerjasama perniagaan, atau menubuhkan satu syarikat baru dan berkongsi niaga.Ini fenomena biasa bagi kebanyakakn peniaga PAS yang saya jumpa, mereka akan ajak berbincang perniagaan baru untuk dikongsi bersama.
Saya tegaskan dalam sembang-sembang disitu, saya nak berkongsi pengalaman ,maklumat, dan nilai perjuangan bersama peniaga, bukan membuat satu gergasi baru untuk makan peniaga -peniaga individu yang sedang menda ,Insyaallahki maju itu.
Maka perjumpaan dan lawatan kali ini, bakal menambahkan lagi tabung PAS.
Comments