BERSAMA YANG BARU MUSLIM
Bulan Puasa ni biasa la, teringat nak makan saja!.
Dalam ingat makan terkenang saya akan keterlibatan saya dengan Jamaah Masjid Jamik Queensland, Australia, menyediakan makan malam.
Menu kami hari tu ialah Nasi Briani Afghan, dengan kari kambing tanpa santan kelapa.
Paste tomato dijadikan bahan ramuan,
Nasi yang setelah hampir masak itu, di simbah dengan gula merah yang di tumis. waooow, sedapnya!! saya makan bertambah-tambah.
Hari Jumaat biasanya sebelah malam, Kariah Masjid ini bergotong royong menyediakan juadah untuk makan bersama para jamaah.
Kebiasaannya di Masjid ini setiap minggu itu, akan ada orang baru memeluk Islam.
Malam itu memang bertuah saya.
Saya dapat bersalaman dengan beliau selepas beliau melafaz syahadah. Yang sah akan masuk syurga dia, kalau umurnya setakat malam itu.
Bangga tak terhingga saya kerana boleh bersama dalam majlis yang ditasbih oleh segala makluk di bumi dan di langit.
Kebetulan malam ni saya akan kenduri berbuka di Markas PAS Kg Pelet, Penanti. Saya cuba himpunkan Muslim Baru bersama, rasanya macam tak menjadi saja, sebab saya banyak menerima call, kata tak dapat hadir, ada urusan lain.Tapi kenduri jalan macam biasa, sebab memang penduduk dan Jamaah di Markas tu sedia ada ramai.

Comments