Penceramah Ganti !

Asyik! membetulkan kalimah kata-kata untuk kefahaman penonton
Menjelaskan pengalaman dalam perjalanan ke bumi Palestine February 1999


Semalam saya secara bidan terjun, diminta penganjur Karnival Mahabah Ramadhan @Syawal yang berlangsung di Kios Bertam, menggantikan penceramah jemputan yang terlibat dalam misi Mavi Malvara, yang tidak dapat hadir menyampaikan penerangan mereka.
Saya dimaklumkan untuk ganti penceramah sekitar jam 6.45 petang, hampir nak masuk waktu berbuka puasa.Saya bergegas pulang mencari pen drive lama saya kalau-kalau masih boleh digunakan untuk panduan saya, bagi menyampaikan pengalaman saya yang hampir sama , yang 2 tahun awal sebelum berlaku peristiwa pembunuhan di atas kapal Mavi Malvara, oleh tentera Israel di perairan antarabangsa.

Saya cuba hubungi Sobri Harakah , kalau-kalau boleh membantu memberi maklumat, tetapi beliau cuma jawab, kalau dah biasa ceramah tak pa, goreng macam mana pun boleh, jangan yang tak boleh bercakap, nanti putih mata dia, terkebil-keil atas pentas!Tanpa persiapan dan persedian saya gagahi juga, bagi membantu kawan yang telah membuat iklan awal dan penonton yang sedia menanti di kerusi yang menghadap pentas utama.

Selepas sembahyang Terawih di Pematang Pauh, saya sekali lagi di hubungi penganjur melalui telepon bimbit yang dah 15 tahun tak pernah off atau tukar nombornya, Abang Zol!, Kat mana dah? majlis dah nak mula ni ! Masa tu, saya masih jarak 12km dari tempat majlis berlangsung, dan yang paling kecut perut, tak ada persiapan! Saya bergegas kesana dalam keadaan berkecamuk, mana tidaknya! nak tolong kawan memenuhi majlis yang tersangkut,siapa lah saya?

Alhamdulilah, pen drive lama saya masih mampu berfungsi lagi. Selapas ceramah selesai, saya dimaklumkan ramai yang hadir bertanya, siapa penceramah tu? hebat ya pengalaman dia! Saya pun rasa kembang juga seorang diri!!, ingat orang tak faham apa yang saya cakap.Mudah-mudahan Allah ampunkan saya, dan ganti dengan menjadikan amal soleh!!

Comments

Jon dah memang dianugerah untuk memudah cara oleh Allah .

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.