UMNO Lawan Islam

Ust Zakaria Ahmad telah bertemu MAIPP dan badan panel penilai, berkenaan khutbah Jumaat yang disampaikan beliau.Beliau telah memberi keterangan, dan mengaku yang beliau mungkin tidak kena tempat berdoa kepada YAB Lim Guan Eng,dalam Khutbah Jumaat."Bagi saya, berdoa (untuk orang bukan Islam) itu tidak salah cuma cara berdoa dan tempat (ketika khutbah Jumaat) itu yang dikatakan menjadi kesalahan!katanya. Tapi beliau akan terus berdoa dalam majlis majlis di lain tempat, sebab beliau berdoa supaya Allah beri hidayah kepada KM supaya dia memeluk Islam.Beliau juga telah disensasikan oleh media, sehingga begitu masyhur di seanterio dunia.Berita arus perdana mengubah fakta, mendakwa Khatib menggantikan doa keatas Yang DiPertuan Agong kepada Doa kesejahteraan Lim Guan Eng.
Tiba-tiba terdengar pula istilah orang Melayu'Nasi Tambah', Exco Pemuda UMNO Rizal Marikan mencabar Pemuda PAS yang menghalalkan doa kepada Lim Guan Eng. Kalau boleh, saya cabar supaya semua masjid di Kelantan berdoa kepada Karpal Sing, yang menentang Islam,Hudud tu, tengok apa nak jadi di Kelantan! kata Rizal.
Saya nak ajar Rizal, Karpal Sing tolak Hudud, sama saja macam Dato Seri Hj Najib Tun Razak tolak Hudud dan undang-undang Islam, bezanya Najib sembahyang Jumaat, Karpal tidak.
bukan setakat Hudud , Duit Dinar pun UMNO.Najib dan APCO lawan serta tentang habis-habisan.
Sama dengan Mufti Perak, dia pun tumpang sama hentam perjuangan Islam PAS, PAS kononnya tak mahu berkompromi dengan UMNO,sebab Mufti ni menganut fahaman 'melayu saja jalan selesai'! katanya.
Apa beza UMNO dengan DAP?

UMNO sembahyang Jumaat, DAP tak Sembahyang.
UMNO judi, DAP lawan lesen judi.
UMNO makan rasuah, DAP lawan rasuah.
UMNO sekat bantuan sekolah Agama, DAP sumbang RM24.3 juta.
UMNO lawan Wang Syariah Dinar Emas, DAP sokong ekonomi altenatif.
UMNO lawan Hudud, DAP lawan Hudud.
UMNO bekerjasama dengan Yahudi APCO, DAP bekerjasam dengan PAS

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing