Hudud:Antara Kaca dan Permata


Murshidul Am PAS , Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat juga selaku Menteri Besar Kelantan, yang berterusan memperjuangkan Negara Islam dan dalam istilah perlaksanaan Hudud yang menjadi ketakutan atau pun kebanggan kepada sesetengah orang.
Dalam kes terbaru,dalam menangani isu sosial dan pembunuhan bayi, YAB Tuan Guru Nik Aziz cadangkan Hudud dilaksanakan, bagi mengatasi masalah ini.Dan dengan penuh yakin, beliau mengatakan masalah ini akan selesai dengan hudud dilaksanankan.
Dalam masa sama juga, bagi pengamal undang-undang veteran dan polikus terkenal Karpal Sing pula menentangnya.
"Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," kata Karpal.

Disinilah kita melihat kesatuan dan perpaduan Umat Islam yang dilaungkan sama ada oleh parti politik seperti UMNO maupun NGO seperti PERKASA , GAMIS dan seumpamanya. Semua pertubuhan tidak bercakap, melainkan membisu membiarkan seolah-olah Nik Aziz keseorangan dalam isu ini, walaupun juataan Umat Islam bersama beliau.

Disini juga kita boleh menilai perjuang dan selogan perpaduan yang dilaungkan supaya kita dapat bezakan kaca dan permata.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing