MCA Cabar DAP Nyatakan Pendirian Mengenai Dinar Emas






KUALA LUMPUR: MCA mencabar DAP untuk menyatakan pendirian berhubung isu perdagangan dinar emas yang akan dilaksanakan kerajaan PAS di Kelantan.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, kenyataan telus DAP diperlukan kerana sekiranya PAS berjaya menguasai kerajaan pusat, adakah mereka bersedia menggunakan sistem yang diasaskan parti Islam itu.

Beliau berkata, DAP juga tentunya bimbang berkenaan hubungan dagangan Malaysia dengan negara luar sekiranya sistem itu dilaksanakan sepenuhnya.

"Pelabur akan khuatir adakah PAS akan jadi parti pemerintah dan kalau berjaya jadi parti pemerintah, dia (PAS) bakal laksanakan sistem ini.

"Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan bahawa mereka akan melaksanakan sistem yang bergantung kepada "wang syiling emas". Jadi, kita nak tanya apa pendirian DAP dalam perkara ini," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat MCA di Wisma MCA di sini, hari Jumaat.

Pertamanya, kenapa MCA beriya sangat nak jadi alat perkakas UMNO menghentam PAS, dengan isu Dinar Emas atau Matawang Syariah ini.

Apakah Presiden MCA dan semua bala jawatankuasanya membutakan mata dan memekak telinga berkenaan dagangan negara Malaysia dengan luar yang memggunakan sumber komuditi seperti Petrolium, Sawit, Bijih dan seumpamanya.

Apakah RM dijadikan transaksi perdagangan jet pejuang SUKOI, dan beberapa aset ketenteraan negara Malaysia.

Mungkin Tan Seri Dr.Chua Soi Lek terkenan dengan UMNO berkenaan istilah Syariah, takut kalau-kalau adengan hotel di Johor tak boleh diulangi.UMNO pula, tak boleh makan komisyen Genting Highland dan seumpamanya.

Apa perlu? Dewan Perniagaan Cina Malaysia menasihatkan Presiden MCA untuk buat kenyataan ekonomi, takut pula nanti pelabur nak datang Malaysia yang memiliki pemimpin sebegini lembab.

Untuk nasihat kepada Tan Seri Dr. Chua Soi Lek, ikuti kisah ini . Satu hari saya ke sempadan Thailand, disana saya berjumpa seorang bekas wakil rakyat Thailand berbangsa Melayu Siam, dia seorang usahawan pelancungan ,Saya nak gunakan perkhidmatan Syarikat beliau bagi membawa 40 orang keluarga saya berlibur di Selatan Tahiland sehingga ke Puket, dalam pertemuan dan perundingan saya dengan dia, dia banyak menceritakan hal keadaan ramai pemimpin Malaysia yang banyak minta dia uruskan berkenaan lawatan ke Thailand , antaranya perkhidmatan paling popular dikalangan pimpinan itu adalah, nak kahwin lari berwali hakim di Siam, nak perempuan tujuan intertain business konon, Nak minum, minuman keras di Siam lebih murah.

Mungkin usahawan tadi nak melobi saya menggunakan perkhidmatannya, maklumlah dengan bercerita yang dia uruskan pembesar-pembesar, boleh pengaruhi saya melanggan perkhidmatan beliau. Macam Tok Bomoh!, menceritakan ramai Menteri dan Artis datang minta ubat dengan dia , sebab apa? nak melobi supaya melangan sevis si Bomoh tadi, yang kononnya dah diterima orang-orang hebat!. Iklan! Marketing! cara kampung!!

Semasa sebelum pulang saya tanya dia, kenapa tak buat hotel Syariah, makanan Halal, Tiada liquor yang memabukkan, tiada perempuan unuk pelacuran. Dia bingkas menjawab, kalu mu buat hotel Islam ,tak dak arak, tak dak perempuan pelacur, tak laku ! taka dak sapa nak masuk!!.

Saya terfikir sejenak, apa gila kah orang ni?, sebagai pengembara, musafir, perdagang, asas mereka cari hotel untuk berehat, tidur, bersiap atau nak bergaya untuk meneruskan perjalanan, atau untuk siapkan diri berurusan dengan Client atau rakan niaga. Patut dia kena jajah dengan Siam!!

Antara perkara asas perdagangan ialah pertukaran, barang dan barang dengan nilai dipersetujui. Duit di tukar dengan makanan. Emas di tukar dengan harta. Minyak di tukar dengan jentera. Pasir di Johor di tukar dengan perempuan di Singapura. Kapal Selam di tukar dengan c4, atau seumpamanya.

Dr Chua Soi Lek!, seluruh isi hutan Grik pun tak mahu berurusan dengan kamu, sekiranya kamu tak mampu menilai benda bernilai .

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing