Berubah atau Rebah!

Dari data SPR ini, dapat disimpulkan PAS berada dibelakang sekali dalam menyediakan kelengkapan dan persiapan menghadapi Pilihanraya Umum ke13.

Perlunya PAS membuat reshuffle pada penjawat jawatan atau tukar kepada tindakan dari cakap kosong sahaja. Isu bukan menjadi satu-satu alat untuk menang pilihanraya, sebaliknya strategi kuat dan lemahnya peralatan perang atau kurang persiapan menjadi faktor utama , mana mungkin perjuangan itu mencapai kemenangan kalau semua ini lemah, melainkan 'melukut ditepi gantang' kata pepatah Melayu, kita cuma mengharapkan ihsan orang dan gerakkerja kawan untuk menang. Lebih huduh, kalau kita dikatakan menjadi kuda tunggangan orang, kerana selalu kita dapat dengar, ucapan dari panglima besar dan kurang besar yang mendakwa PAS yang kuat, PAS yang ada petugas, PAS yang buat kerja-kerja pasang poster dan ceramah.

Kalau kuat tanpa strategi , jadi sibodoh berbadan besar, sering ditipu,dibudak-budakkan,dipermainkan atau dijadikan bahan orang.Jangan kita pandai baca kitab sahaja, hukum 'Apabila Diserahkan Sesuatu Dada Bukan Ahlinya......' 'Bersiap-Sedialah Kamu Dengan Kuda-Kuda di Tambatan'. Atau mungkin satu lagi faktornya, pemimpin yang memimpin tak mempunyai ilmu pengetahuan apa itu tentang strategi,taktik,teknik. Sering saya mendengar atau membaca satu kaedah 'Apabila Seorang Itu Tidak Tahu Apa Yang Dia Tidak Tahu' susah jadinya ,Kalau dia pengikut,dia akan jadi hamba perkakas, kalau dia pemimpin dia menyesatkan halatuju masa depan.

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing