BERIRAMA DAN BEKERJASAMA

Sedang menyampaikan hadiah pemenang pertama
Kumpulan dan perseorangan yang menyertai pertandingan peringkat akhir





Sekalung tahniah untuk Kumpulan Saotul Nisa' dari SMKA Al-Irshad kerana berjaya merangkul kejuaraan Festival Nasyid sempena Karnival Mahabbah @ Ramadhan Syawal yang diadakan di Kios, Bertam Kepala Batas.

Mereka membawa balik sijil dan wang tunai RM1,000. Lagu 'Perpaduan Mencapai Kejayaan' hasil bimbingan Ustaz Jalaludin Zainudin juga pernah mendapat tempat ke dua semasa pertandingan Nasyid Nisa' Peringkat Kebangsaan beberapa bulan lalu. Kelebihan mereka mungkin bermain alatan sendiri...kaum Hawa pula tu serta berpakaian ala pengantin.

Tempat kedua dimenangi oleh Saudara Saiful Mohd Saad yang membawa lagu dendangan Raja SMS, Mawi World, An-Jannah. Suara, rupa dan gaya berpakaian ketika dipentas persis macam suami kepada Ikin yang juga top dengan lagu 'gadis melayu'.

Tempat ke tiga pula jatuh kepada pelajar dari Univesiti Institut Teknologi Mara (UiTM) Kedah. Mereka membawa lagu 'Al-Quran' ketika persembahan.

Semua fanalis seramai 7 orang tiga berkumpulan manakala selebihnya menyampaikan secara solo berjaya menambat hati pengadil di peringkat saringan dari 15 penyertaan,

Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing