MUTIARA INFAQ KOLEBRASI PERDA




Hari ini Mutiara Infaq , Komiti anak yatim yang sedang berkembang maju, menjadikan kegiatan membantu anak yatim yang masih dijaga oleh waris mereka sebagai sasaran bantuan.
Kolebrasi, dijadi teknik gerakan Mutiara Infaq lebih cepat berkembang dan membantu.Terkini Mutiara Infaq bekrjasama dengan PERDA yang telah menawarkan bantuan kepada anak yatim piatu yang terdapat dalam rekod Mutiara Infaq ,dan 20 orang anak yatim piatu diraikan bersama waris mereka. Majlis yang bermula sejak jam 6.15 petang diserikan dengan ucapan Dato Azmi Pengurus Besar PERDA, dan penyampaian sumbangan berupa wang kepada anak yatim ini dijalankan sehingga majlis berbuka puasa.

Majlis berbuka puasa di hidangkan dengan menu special, iaitu Kaming, masak kurma,Rusa liar dengan gulai kacang dan ayam goreng berempah.Kebetulan malam ini Mutiara Infaq berjalan 2 majlis serentak, satu lagi acara di kios Bertam, Kepala Batas, seramai 20 orang anak yatim juga dirai disana dan telah diwakili oleh Pengarah, Tuan Hj Izham Hashim sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.