Jelitawan DBMhospital
Bermula pukul 7 pagi,7 Ogos, semua kakitangan Penawar Klinik dan Dewan Bersalin Muslimah(DBMhospital), mula berhimpun diperkarangan DBMhospital, cawangan Permatang Pauh, bagi memulakan perjalanan beli belah ke Padang Besar, Perlis.
Ini sebagai salah satu agenda tahunan Syarikat ini, yang pasti diadakan bagi meraikan semua warga kerja, lokasiya saja berbeza setiap tahun.
Sebagai Pengerusi kumpulan DBMhospital, saya diminta menjadi ketua rombongan setiap kali acara berjalan.Dengan sebuah BUS Chater, kami semua bergerak dengan penuh semangat kekeluargaan, dan kegirangan yang terpancar dari setiap rupa wajah. Dari Padang Besar.
selepas Shopping, makan tengah hari di restoran Cempaka Utara, kami bertolak pula ke ladang angur, bertempat diSungai Batu Pahat, Beseri Perlis, malangnya, tempat ini tutup sementara.
Kami tukar program melawat Taman Ular, selepas itu kami terus ke Muzium Padi, Gunung Keriang Kedah.
Yang berlainannya perjalanan ini, saya seorang saja lelaki!, nasib baik seorang suami kakitangan ikut serta, jadi saya di kelilingi oleh jelitawan saya saja, sebab DBMhospital semua kakitangannya perempuan
Comments