Melayu dan Perniagaan
Sedang Berucap Kepada Pengunjung dan Peniaga,Turut Serta Cikgu Hasnah,Kamarudin penyelia DUN,Hj A'Rahim Pengerusi JKKK dan ajk beliau.
"Padahal Allah Telah Menghalalkan Jual Beli Dan Mengharamkan Riba"Al-Baqarah:275, Hari ini sekali lagi saya diberi kesempatan untuk bersama mereka yang memilih berada dalam perintah Allah, dengan memilih berniaga itu sebagai kerjaya setelah Allah menghalalkan.Saya diminta bersama berucap meraikan para peniaga dan pengunjung 'Pasar Ramadhan JKKK Bayan Lepas.
Selaku Ketua PAS Cawangan disini, ini adalah kali kedua saya diminta meraikan pasar ramadhan ini.Kelainan yang dibawa disini ialah prinsipnya,dimana di kesempatan ini saya mengingatkan mereka sebagai warga pasar ramadhan ini, bahawa mereka sedang berada dalam naungan Allah dan sekiranya mereka menjalankan perniagaan ini berdasarkan,menyediakan Halal kepada pembeli, dan pembeli pula datang kesini mencari yang halal, maka kesemua mereka ini lah sebenarnya sedang berada di asas Taqwa, yang Allah sebut dalam surah seruan berpuasa itu.“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183).
PAS yang memang dikenali sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, semestinya kerja kami ialah menyediakan Halal disisi Allah,kerana perniagaan itu dihalalkan Allah, maka oleh itu hari ini sekali lagi kami berusaha menyediakan 'Pasar Ramadhan' kepada rakyat, sebagai komitmen PAS kepada perjuangan!tegas saya ketika berucap.
Seramai 110 peniaga gerai telah menyewa 230 tapak Pasar Ramadhan disini bagi tahun ini.Mereka telah diberikan topi yang tertulis 'Pasar Ramadhan 2010/1431,JKKK Bayan Lepas'.Hari Pertama telah memperlihatkan kesibukan pengunjung dan penjual yang baru nak dapat gaya jualan.
Comments