Penganas berkebajikan.
Nabawan,Sabah. sebuah daerah yang di perintah oleh seolah-olah sebuah kerajaan pengganas yang tidak di iktiraf PBB atau OIC. sehingga saya terlupa, yang saya masih berada di dalam negara saya Malaysia yang berdaulat, bila mana persekitaran pemandangan, pertuturan dan kemudahan asas yang dilihat tidak terdapat di tempat lain dalam Malaysia sepanjang saya merantau seluruh Negeri Negeri Semenanjung.
Sabah adalah sebuah negeri yang kaya dengan hasil keluaran minyak mentah atau petrolium, Kayu Balak dan Sawit. Sabah juga antara negeri yang menerima pertukaran wang asing yang banyak, hasil kemasukan pelancung, lapangan terbang Kota Kinabalu bertaraf antarabangsa dengan maksud, menerima penerbangan langsung dari luar negara setiap hari,walaupun fizikal Airport tak nampak 'International'.Kaya negeri ini melimpah keseluruh Malaysia sehingga tak terbaki di Sabah sendiri.Barisan Nasional mendominasi politik di sana sekian lama melalui USNO,BERJAYA dan kini UMNO, Mereka melatari image kerajaan Islam dan pemerintah Islam disana dengan penduduk bukan Islam tidak kurang ramai populasinya.
Patut lah, seringkali saya mendengar dari mulut mereka yang berkhidmat di Sabah atau yang pernah berurusan di sana, bahawa rakyat Sabah membenci,menentang orang Semenanjung, mereka menganggap orang Semenanjung penjajah. Orang semenanjung pula (terutama kalangan pimpinan parti pemerintah UMNO, BN) akan kaitkan pemusuhan ini dengan Gerakan Kristien yang menghasud rakyat Sabah, mungkin satu 'Psy Ops' sebagai hujah untuk menarik simpati dan menaikan semangat pengikut dan penyokong.Keadaan Pasarana, kelemahan maklumat, fizikal pembangunan juga, kemiskinan rakyat serta kelekehan Ilmu, mungkin membenarkan musuh-musuh ambil peluang membina kebencian dikalangan rakyat Sabah ini.
Siapa yang menyediakan peluang dan keadaan ini, supaya Sabah kadangkala menjadi satu masalah dalam Persekutuan Malaysia? Bukan kita yang menindas dan menekan mereka?, dan mereka melihat ini lah Islam! yang terbentang depan mereka penindasan,zalim, pencuri, penjenayah, perasuah, kaki minum, perempuan, semuanya hidangan orang semenanjung yang berurusan di sana.
Apabila lawatan Dr Mujahid berdailog di Gereja St.Margaret Chuch,Keningau,maka mereka sebagai rakyat tempatan terutamanya penganut Kristien, begitu berbangga dengan janji dan pengakuan Dr Mujahid yang mewakili PAS, apatah lagi dengan bukti yang terakam dalam rekod pemerintahan Islam PAS di Kelantan.Kalau kita besama-sama, rakyat Semenanjung dan Sabah bekerja mengeluarkan mereka dari kemiskinan benda, kemiskinan ilmu, kemiskinan maklumat, kemiskinan persaudaraan, kemiskinan kasih sayang, pastinya PAS akan dapat melihat 'Kelantan Baru' di sana.
Kepada sesiapa yang mendakwa dirinya Da'i, Pendakwah, Pejuang Islam!!, saya nak ulang tawaran kawan-kawan sekalian, Ayuh!! Sabah sebagai Destinasi Jihad baru.
Comments