KERAJAAN PENGGANAS: Hukum Bunuh

Menteri kita telah umumkan ,bahawa hukum gantung sampai mati kepada sesiapa yang membuang bayi sehingga mati, dan 30 tahun penjara bagi yang buang bayi atas tuduhan cubaan bunuh.
Kerajaan Malaysia dah tak keharuan menerima bala dan kegagalan demi kegagalan perancangan untuk Malaysia lebih harmoni, Penyakit Kencing Tikus, Harga Ayam yang melambung walaupun Menteri Pengguna kata buang harga siling, harga akan turun,!

Tidakkah gila punya kerja nak hukum bunuh orang, sedangkan peluang berzina dipopularkan sejak bangku sekolah lagi, dari asas pembentukan individu di Malaysia ini, diadakan peluang dan digalakan berzina. Nabi dah pesan, 'Tiada Lelaki bersama perempuan melainkan Iblis yang ketiga'.


Apakah Sharizat dan menteri kabinet yang haji belaka semuanya itu tak baca ayat Allah, atau jahat nak lawan hukum Allah, dah rasa cukup kuat kah Barisan Kabinet Malaysia?
Allah beri amaran keras kepada mereka;
Maksudnya:-
“Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan - apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.”
(Surah al-Ahzab, 33: 36)

Semua agama langit menganjurkan sekolah gender, lelaki di asingkan dengan perempuan,Sekolah yang berasaskan Agama seperti Kristien dan Islam telah lama mengamalkan perkara ini, kalau Islam, sehingga Universiti di asingkan, Untuk apa? supaya peluang tidak terbuka luas kepada penzinaan. Apakah asas Agama kepada dasar persekolahan kita?


Maksudnya:
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”
(Surah al-Nur : 30-31)


Kalau lah asas kita sudah kufur, apa kita nak bincang pasal pusat hiburan, sukan, suasana kerja.Kita boleh lihat sanggupkah Malaysia membunuh rakyat yang digalakan bersosial tapi undang-undang hukum mereka, apabila mereka melakukan amalan kerajaan. Kamulah yang menyediakan ruang penzinaan dalam semua kegiatan Malaysia, kemudian kamu nak bunuh rakyat yang jadi pengamalnya?

Bila Kelantan perkenalkan keistimewaan gender dalam urusan sosial dan harian, mereka di Kuala Lumpur sepeti Kera Lutong, meloncat sana sini membuat bising, kononya penghinaan kaum, penindasan kaum.

Sudah,sudah, sudah!!! wahai pemimpin BN! balik lah kepada Allah, semoga selamat.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Ada 20 sen. Modal Berjaya.