Merakyatkan Ekonomi

Sungai Muda, sebuah lokasi yang baik untuk dijadikan lokasi 'River Tourisme', ianya akan membantu menarik pengunjung dan mebangunkan ekonomi tempatan tanpa penduduknya perlu keluar mencari makan diluar, sekalugus mengurangkan kos sarahidup harian,saya bersma Hj Rosidi Hussin YDP PAS Kawasan Kepala Batas,Saudara Fitri Pembantu TKM1, Hj Dahlan Ajk PAS Kawasan, telah menyusuri Sungai Muda bermula dri Kuala Muda, sekitar jam 5 petang.
Kami Meninjau pengkalan-pengkalan sampan dan bot yang boleh di jadikan daya tarikan, lokasi sejarah yang boleh di persembahkan,dan ekologi yang boleh dinikmati pengunjung.Cadangan ini diharap dapat diangkat sebagai product baru dengan terpilihnya Pulau Pinang sebagai pemenang Haritage Dunia (Penang Heritage City with its UNESCO historic city status) dan mendapat sumbangan sekitar RM25 juta setahun, mungkin boleh di gunakan barang sedikit memajukan perkara ini.

Sekiranya usaha ini berjaya kita harap penempatan Umat Islam disini dapat dikekalkan dan di jadikan kawasan yang tidak perlu membangunkan bangunan mewah ,sebaliknya mereka kekal dalam sistem kehidupan timur, dalam mengamalkan seni bermasyarakat kita, dimasa yang sama mereka dapat membuat pendapatan di kawasan rumah mereka, seperti mana di Mesir dimana tebing sungai dijadikan lokasi pamiran bagi pengunjung yang menyusur sungai, atau seperti mana diluar negara contohnya Sungai Rhein di German,ekologi sungai dikekalkan bagi menarik pengunjung.

Mungkin inilah peristiwa yang sukar dilupakan untuk tahun 2010. Berjemaah di atas bot bilamana bot yang dinaiki tersadai di tengah Sg Muda kerana laluan bertambak maklumkan ketika perjalanan pulang air makin surut.

Pengalaman berjemaah Magrib di atas bot di tengah Sg Muda memang tidak boleh dilupakan. Walaupun ia hanya sungai tetapi bagi sesetengah daripada kami ia merupakan sejarah yang mesti terpahat sampai bila-bila.

Namun, peristiwa itu adalah cubaan yang harus ditempuhi semata-mata memenuhi program 'Mengusuri Sg Kuala Muda' dengan tujuan melihat sendiri beberapa perkara yang mesti dipertahankan jika projek tembatan banjir dilaksanakan.

Bagi aktivis sejarah seperti Haji Dahlan beberapa lokasi wajib dikekalkan untuk tatapan generasi akan datang
kerana kemusnahan bererti hilang bahan sebagai kenangan generasi terdahulu.



Comments

Popular posts from this blog

Meriam Melayu Kesultanan Singora

Politik Tambah Bilangan

Terkafir kerana Anjing