Berbuka,Bermesra,Berniaga
Hari ini jadual berbuka puasa saya di Gombak, DBM hospital, cawangan Sunway Batu Caves. Semua kakitangan saya hadir dan meyediakan juadah berbuka, sungguh mesra sekali hubungan yang terjalin dikalangan kakitangan DBM ini. Saya jadi serupa 'King' sebab semuanya kakitangan putri belaka, walaupun macam 'KING', tapi tak sampai sebut nama dalam khutbah Jumaat le!.Seorang kakitangan saya disini Cina bukan Islam, dia pun sama-sama menyibuk menyediakan juadah berbuka, walaupun dibantah oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, seperti dalam Utusan Malaysia hari ini, beliau menggambarkan seolah-olah satu fahaman dan amalan sesat, kalau orang bukan Islam libat sama dengan kegiatan Agama. Bukan Islam pula, yang pembangkang saja sesat, kalau BN kira ok.
Sekitar jam 2 petang tadi baru saya bergerak dari DBM Hospital cawangan Permatang Pauh, Seberang Perai. Saya set auto cruse merce 119km/jam, saya sampai sana sekitar jam 5.15 petang, dan singgah di pejabat Majalah Muslimah , kerana perkenalkan kepada Isteri saya, Majalah tempat artikal Dr Rosnah disiarkan setiap bulan.
Selepas itu kami ziarah Husaini, kawan lama yang berniaga kurma sebulan RM1 juta.Tapi dia berniaga kurma bulan Syaban saja, Ramadhan kita kutip hutang dan clearance stock saja. Dah 21 tahun dia buat kerja ni, sambil pejam mata pun boleh! Dulunya pernah kami bersama dalam berniaga ini, Dia asal orang Permatang Pauh, pernah menjawat AJK Pemuda PAS Pulau Pinang, tapi saya kenal dia di Kuala Lumpur, Setelah 2 tahun berkenalan, baru dia buka rahsia, yang dia dulunya digambarkan oleh beberapa pimpinan, yang Zolkifly Md Lazim ni jangan kawan dengan dia, macam monster saja digambarkan. setelah dia jumpa dan berkenalan lain pula, katanya.
Sedap juga kakitangan saya sediakan juadah berbuka hari ini. Ahad 22 Ogos, berbuka di DBM Hospital Cawangan Permatang Pauh, dan 28 Ogos berbuka DBM Hospital di Cawangan Gelugor pula. Jenuh makan!! kata orang Pulau Betong. Makan pun jadi lajak, sebab semua puteri-puteri yang melayan.
Comments