Posts

Showing posts from January, 2011

LAGI! UMNO JUAL TANAH KE CINA

Image
PEMIMPIN TINGGI UMNO Jual Tanah di Jelutong, Pulau Pinang, kepada Cina. Dalam ribut dan halalintar UMNO bertempik dan bercanag kepada Melayu, yang Lim Guan Eng sedang merampas hak Melayu di Pulau Pinang, tiba-tiba saya dikejutkan denga berita yang seorang Pemimpin kana UMNO yang berasal dari Pulau Pinang, telah selesai urusan jual beli kepada Cina. Dia ni mungkin macam buku Interlok saja sikap dan tindakan Semalam sedang saya minum dengan penduduk Jelutong di sebuah kedai kopi, mereka maklumkan pada saya, akan sebidang tanah(siap dengan number lot) yang terletak di Jelutong dalam perkampungan tradisi Melayu yang tinggal sekangkang kera itu, telah selamat dijual oleh Ketua salah satu sayap UMNO. Beliau ini berasal dari Pulau Pinang, baru selesai tandatangan dengan dakwat pun masih basah lagi kata pengadu tersebut. UMNO macam kena histeria memperalatkan isu Kampung Pokok Asam yang tak jauh dari tanah ini. Pokok Asam yang dijual UMNO belasan tahun dulu, UMNO sekarang tuduh Lim Guan Eng ya...

MEMPERKASA PIBG

Image
Merasmikan Mesyuarat Agong PIBG Sijil Penghargaan Khidmat Bakti Yang Telah DiBerikan Sejarah Tercipta, Mesyuarat Agong PIBG Sek.Keb. Permatang Pauh, Waris Setia Menanti bermula 8.30 pagi Sehingga Tamat Jam 1 Tengahari. Sekolah Rendah Kebangsaan Permatang Pauh yang saya rasmikan Mesyuarat Agong, telah mengorak langkah memperkasakan PIBG dan pihak sekolah bagi menghasilkan pelajar yang berjaya dan baik. Dengan sedikit sentuhan gaya pengurusan yang diamalkan oleh organisasi yang berjaya didunia hari ini, Mesyuarat Agong telah dihadiri oleh begitu ramai waris. Semua waris yang hadir, telah setia menunggu sehingga semua aturcara dan mesyuarat tamat . Mereka amat suka dengan perkembangan mesyuarat kali ini, sehingga ada yang datang bersuara kepada saya, 'Sayang la ! Guru Besar tak dapat hadir, Kalau dia ada sama, tentu dia seronok dengan kehadiran tahun ini, mesyuarat hadir penuh!'. Kebetulah Guru Besar, baru kematian ibu tersayang beliau. Mesyuarat kali ini melihatkan seorang Dok...

UMNO : SONGSANG ?

Image
Timbalan perdana menteri berkata, Nik Aziz telah menyalahgunakan Islam dengan mengeluarkan pelbagai fatwa yang bertentangan dengan agama mengikut keadaan dan masa. Tindakan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang tidak mengundi Pas sebagai orang jahiliah menyinggung seluruh orang Islam di negara ini termasuk di Johor dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. "Kenyataan Nik Aziz ini membodoh-bodohkan kita hanya kerana kita tidak menyokong PAS. Adakah seluruh pengundi yang ada di Labis ini dilabel sebagai jahil oleh Nik Aziz," katanya kepada pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin di Labis, hari ini. UMNO dari pemimpin no 1, sehingga Imam UMNO di masjid tak berani kata, Soi Lek hina Islam agama anutan mereka. Mereka tak rasa hina langsung dengan bahasa MCA ini, malah mereka membela MCA dengan bekerjasama menyerang PAS dengan tajuk menghalang negara Islam. UMNO juga tidak memberi sebarang respon kepada kenyataan Mufti. Mufti...

WANITA YANG SUBUR PILIHAN LELAKI

Image
Semasa berada di Indonesia awal Januaray ini, saya melihat aa dua suasana ketara di sepanjang jalan kota dan desa. Dikota Medan, wanitanya bergaya dena berjalan seorang diri, berpacaran atau bersama rakan dengan pakaian fesyen berbagai-bagai macam artis pun ada juga. Manakala di desanya pula, kebanyakan wanitanya berjalan dengan kain berselepang dibadan, mengendong bayi.Ini menunjukkan orang desa lebih subur dan suka melahirkan anak Saya cuma berkata kepada rakan saya, mungkin sini aktiviti malam kurang, atau letrik nya kurang sempurna, meneyebabkan pasngan tidur awal. Hospital pun kurang. Semua faktor ini membantu mereka banyak melahirkan anak. Semuanya mengingatkan saya akan beberapa bulan lalu di negara tersendiri... Tahun lepas November 2010 , saya hadir satu program yang ditaja oleh sebuah syarikat makanan bayi di Sepang. Perbincangan berkisar kepada tajuk kelahiran dan pengurusan tabiat anak. Dalam banyak pembentangan tersebut, sala seorang pembentang yang dibawa khas dari Belgi...

Pelajar PASTI Atau PHD

Image
Anak saya yang bongsu, mula pra sekolah di PASTI tahun ini. Dia memang tak sabar nak ke sekolah sejak dari tahun lepas lagi. Semua ini dipengaruhi oleh abang dan kakak, yang sedang bersekolah, dan mereka sering bercakap berkenaan sekolah masing masing. Semasa usia anak saya ini baru 4 tahun, dia sudah memberontak nak ke sekolah. Sekarang dah 5 tahun, saya memilih PASTI, dengan alasan supaya persekitaran dan pergaulan dipengaruhi suasana agama. Sedangkan dalam hati saya, saya nak dia disekolah Cina. Alasan saya supaya dia didedahkan dengan suasana baru dan budaya baru. Pada fikiran saya ini akan membantu menyediakan anak ini dengan masa depan yang lebih mencabar dan 'pelbagaian' yang bakal menjadi asas komuniti dan pembangunan masa depan. Setelah sebulan ke sekolah, anak saya sudah dapat pakaian seragam sekolah dan buku, sebagai salah satu alat pembelajaran. Bila dia balik dari sekolah dan bawa balik semua buku, saya agak terkejut dengan jumlah buku dan tajuk buku yang bakal men...

Bakar Diri Yang Meruntuh sebuah Kerajaan

Image
وثيقي خزي جديدتين للنظام التونسي البائد : ضبط ” فتاة محجبة” و ” مجموعة ملتحين” » التصدي للدين : تحت عنوان التصدي لمختلف مظاهر التطرف بما يضمن المحافظة على مميزات مجتمعنا بالتضييق على... 2 - إهداء لروح محمد بوعزيزي مفجر ثورة تونس “رَجُلٌ فِي مُقْتَبَلِ العُــمْر” شعر جميل – د.هاني بخاري وَالعُقْبَى فَجْرُكِ يَا مِصـــرْ رَجُلٌ فِي مُقْتَبَلِ العُـــمْر تُحْرِقُـــهُ نِيْــرَانُ القَــــــــهْـر أَشْعَلَ أَغْصَانَ الزّيْتُــــوْن أَحْرَقَ كُلَّ نَخِيْلِ التَّمرْ الظُّلْــــمُ يُــغَــطِّي عَيْـــنَيْهِ وَالحُزْنُ مَلِيءٌ بِالصّــــدرْ لا يَمْلِكُ قِرْشاً فِي جَيْبٍ لا يُحْصِي أَيّــامَ الدّهـــــرْ ضَاعَتْ كُلُّ سِنِيْنِ العَمْر ذُلٌّ، فَقْرٌ،كَبْتٌ ،قَهــــــرْ ذَاقَ النَّاسُ سِنِيْنَ العَزْل ذَاقَ الشَّعْبُ كُؤُوسَ المُرْ رَجُلٌ فِي مُقْتَبَلِ العُـــــمْر يُحْرِقُ أَعْتَى مُلُوِك الشّرْ تَرَكَ القَصْرَ مَسَاءً، فَـــــــرّ ...

DBMHOSPITAL AMALKAN SUNAH

Image
Minggu lepas , semasa berkesempatan bersama kakitangan dan pelanggan DBMHospital(Klinik dan DEWAN BERSALIN MUSLIMAH) cawangan Permatang pauh, saya gunakan peluang ini untuk bersama doktor dan kakitangan disini yag sudi memberi khidmat bercukur dan belah mulut(tahnik). Doktor sekarang ini alhamdulilah, sudah ramai yang mahu mengamalkan sunah semasa dalam kerjaya mereka. Sebahagian dari doktor perubatan sekarang ini amat baik penguasaan Al-Quran dan Hadith, dari segi bacaan, pemahaman dan bahasa Al-Quran itu sendiri. Hadith dengan sanat yang mereka hafal, kadangkala membuat saya terpegun dengan keupayaan mereka. Ini semua adalah kerana bersungguh mereka dalam mengamalkan Islam sebagai cara hidup. Diriwayatkan oleh Abu Dawud, dari Al-hasan, dari samurah bahwa Rasulallah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda: "Setiap anak (yang lahir) tergadai (terikat) dengan akikahnya. Maka disembelih (hewan) untuknya pada hari ketujuh (dari kelahirannya), dicukur (rambutnya) dan diberi nama."...

WANITA MUSLIM BAWA RM12 BILION PELABURAN MASUK PULAU PINANG

Image
Semalam saya sempat berbual dengan seorang Ketua Penerangan PAS Kawasan, di sebelah Pulau, Pulau Pinang. Saya dimaklumkan bahawa seorang wanita Muslim telah memimpin satu agensi pelaburan Pulau Pinang. Wanita ini telah menjawat jawatan ini semada Tan Sri Koh Tsu Kon lagi, tetapi telah dipencenkan sementara. Semasa Lim Guan Eng menjadi KM Pulau Pinang, tokoh wanita ini dilantik semula mengetuai agensi pelaburan kerajaan negeri. Dalam misi menarik pelabur, beliau berjaya membawa pulang pelaburan yang besar, sehingga menjadikan Pulau Pinang no.1 dalam senarai jumlah RM. pelaburan yang masuk ke Malaysia. Wanita telah mencipta sejarah baru bagi Negeri ini, yang sebelum ini berada pada tempat ke empat. Dan wanita juga menggilap kehebatan wanita muslim yang mampu membina kejayaan . Berikut ialah kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, bahawa peningkatan 465 peratus pelaburan di negeri itu tahun lepas mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat. Pada Rabu l...

N5. PRK TENANG : Mengelabah BN

Image
1. Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad a. Mendakwa DAP sudah boleh menerima Islam sejak berkawan dengan PAS. b. Sebelum itu 18 Jan lepas Isa Samat dilaporkan berkata.. di Tenang, "(Musyidul am PAS) Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam. Kita sebagai Muslim, kadang-kala tidak berapa faham. Macam mana (pengerusi DAP) Karpal Singh dan (pemimpin veterannya) Lim Kit Siang boleh faham Islam dengan hanya berkawan dengan PAS untuk dua atau tiga tahun? Semua ini penipuan,” Begitu kata Isa.Isa dengan kenyataan menyindirnya juga berkata, sedangkan ‘kita’ (Umno) yang sudah muslim, kadang kala tidak berapa faham, sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah portal semalam. Isa berkata demikian pada satu majlis makan malam 1 Malaysia yang sebahagian besarnya dihadiri oleh kaum Cina. Kata Isa. 2. Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman , “Jika PAS berkuasa, mereka tidak akan puas hati dengan berada di tempat ...

Kahwin Di Siam

Image
Kenapa Kahwin di Siam? Kenapa masih jadi pilihan bagi sebahagian besar orang Malaysia samada lelaki atau perempuan. Antara sebab yang selalu diperkatakan orang ialah; 1. Lelaki yang ingin sembunyikan perkahwinan berikutnya, dari Isteri yang sedia ada, samada untuk menjadi Isteri kedua, ketiga atau keempat. 2. Lelaki yang gagal mendapat kebenaran undang-undang diMalaysia untuk berkahwin lagi. 3. Lelaki yang menyembunyikan perkahwinan dari anak-anak sendiri, atau saudara sebelah beliau dan sebelah bekas isteri. Takut kehilangan kasih sayang. 4. Perempuan yang gagal dapat kebenaran keluarga sebagai wali. 5. Perempuan yang memyembunyikan perkahwinan, kerana takut kehilangan pendapatan dari sumber bekas suami dulu. 6. Perempuan yang gagal mendapat perintah mahkamah dalam menentukan wali nikahnya. Saya sendiri berpengalaman kepada ke lima maslah tersebut diatas. Semalam saya sekali lagi membantu mereka atas alasan yang sama. Mereka datang minta pertolongan kepada saya untuk ber...

ADUN Merlimau Meninggal Dunia

Image
ADUN Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada jam 8.10 malam ini di Hospital Pakar Putra, Melaka selepas mengalami serangan jantung semalam. Perkara itu disahkan Ahli parlimen Jasin Datuk Ahmad Hamzah. Beliau merupakan antara pemimpin BN yang berada di hospital berkenaan sejak tengahari. Kematian Mohamad Hidhir dijangka bakal menyebabkan pilihan raya kecil ke-15 diadakan sejak pilihan raya umum 2008. Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Jan lalu. Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidak selesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat. Dilaporkan, Mohamad Hidhir mengalami serangan jantung sebanyak tiga kali dalam tempoh lima hari lalu yang menyebabkan beliau berada dalam keadaan koma di hospital berkenaan hari ini. Mohamad Hidhir dilaporkan mengalami serangan j...

Bertindak Tanpa Maklumat

Image
Awalnya Masih Ada Kerusi Kosong.Separuh Jalan Majlis Bermula Terpaksa Tambah Kerusi dan Masih Ramai Kena Berdiri. Buku yang menjadi polimik terkini, 'Menuju PAS Baru' nukilan Dr Mujahid, yang di Forum kali ke2 di Dewan Melineum Bertam, Kepala Batas, telah mendapat sambutan luar jangka pihak penganjur. Ilham Center, sebuah badan penyelidik, telah menganjurkan forum ini bagi menyelidik dan menghimpun data serta maklumat . Mereka berusaha menilai beberapa data yang diberi oleh responden, bagi memenuhi permintaan keperluan maklumat oleh mana-mana agensi atau pertubuhan. Saya cuba berbual dengan beberapa individu yang menjadi tulang belakang badan ini . Saya bertanya tentang peratus minat membaca dikalangan Malaysian, Peratus memahami situasi , Peratus fanatik kepada sesuatu fahaman dan pegangan. Dapat saya rumuskan bahwa, orang Malaysia, terutama mereka-mereka yang menjadi rujukan awam, amat rendah mencari fakta baru, samada melalui bacaan maupun internet. Daripada yang hadir mala...

Speaker isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong

Image
Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun. Pengumuman itu dibuat petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam. Katanya, keputusan itu dibuat mengikut Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri. Tiada peruntukkan bagi merayu. "Badrul mengakui tidak hadir dalam sepucuk surat yang tiba di pejabat saya bertarikh 10 Disember. Dia memohon cuti bagi mendapatan rawatan perubatan tradisional di Pahang,” kata Teng. Apabila ditanya wartawan, Teng kemudiannya mengemukakan rekod menunjukkan Badrul Hisham tidak menandatangani borang kedatangan pada 8 November lalu. "Dalam suratnya itu, Badrul juga mengakui beliau tidak hadir pada semua hari semasa dewan bersidang pada November,” katanya. Sebelum ini, khabar angin mengenai kekosongan itu bertiup kencang apabila Ba...

Apa ni BN .....

Image
Wak Khir Toyo :sudah pecah ruyungnya wak!!! Sebanyak lima projek runding terus telah diberikan kepada Majulia Sdn Bhd dengan nilai projek berbeza iaitu: 1. Pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16, Fasa 1 dengan nilai RM22,880,000 2. Pembinaan kuarters kakitangan kerajaan di Seksyen 16 fasa 2 dengan nilai RM61 juta 3. Cadangan merekabentuk, membina dan menyaipkan bangunan Perpustakaan Selangor Maju bernilai RM71,080,000 4. Cadangan membina dan menyiapkan jalan dari Simpang B15/B11 Lama Daerah Sepang bernilai RM73,750,871.53 5. Cadangan projek pembangunan sebuah stadium terbuka, sebuah pencawang elektrik, dua kebuk dan satu unit loji kumbahan atas sebahagian tapak Kompleks Sukan atas tanah k erajaan, mukim Dengkil bernilai RM14,999,000.00 Ikuti berita ini di merdeka review...

Kaya Kalau Berumah Tepi Air

Image
Dalam kita menjalani kehidupan, biasanya kita tercari-cari, apa akan dilakukan bagi menambah pendapatan, atau mencari apa yang nak dibuat dalam memperbaiki taraf kehidupan. Bagi mereka yang tinggal di tepi air, samada laut, tasik, sungai. Mereka boleh memilih jalan paling mudah untuk bekerja dengan persekitaran yang menjanjikan seribu kekayaan. Sebahagian mereka menjadi kaya dengan pesekitaran yang Allah kurnia, asalkan menggunakan akal yang juga Allah kunriakan. Mereka akan menggunakan laut sebagai ladang ternak.Siput,ikan, dansegala macam hidupan dijadikan ternakan yang menjanjikan pulangan lumayan. Mereka yang aga k mengamal kegiatan ekonomi tradisi seperti nelayan,akan menggunakan laut sebagai sumber pendapatan sehingga mampu maraih RM5k sehari. Hanya dengan memasang teknologi mekanikal dan engine, masa kerja mereka hanya 2jam satu sesi, dan dengan mendalamkan tempat berlabuh, mereka dapat bekerja pada masa mana saja, Mereka yang memilih pasaran lavish lifestyle akan mensasarkan...

Bila PAS Yang Berkuasa

Image
Bersama Ahli Majlis, Mengedar Beg Sampah. Kempen Kebersihan PAS Jaga Pasar Malam, Pelancung Luar Pun Sanggup Berbelanja . Ahli Majlis MPPP ,Tuan Hj Yusof Mohd Noor sedang menyampaikan beg sampah Bendahari PAS Cawangan sedang mempengerusikan majlis pembukaan kempen kebersihan . Selaku Ketua Cawangan PAS: Meraikan Ahli MPPP sdr.Izure dan Hj Yusof di Pasar Malam Jalan Mahkamah Bayan Lepas, Antara Pasar Malam Paling tinggi Pengunjung di Pulau Pinang. Bersih adalah elimen Iman. Kerajaan yang didokong oleh Islam akan menekankan asas ini dalam amalan kerajaan. Jiwa yang bersih, pasti melahirkan persekitaran bersih. PAS cawangan Jalan Mahkamah yang menjadi tunggak kerajaan negeri, sedang berusaha melahirkan kepimpinan dan rakyat yang bersih ini melalui program-program yang berterusan. Kempen kebersihan dan disiplinkan masyarakat pengguna dan peniaga, sedang giat dijalankan di seluruh Pulau Pinang. PAS sebagai komponen parti pemerintah di negeri ini, telah bersama berusaha merancakkan aca...

Islam dan Kristien yang aman

Image
Sempat Berkunjung Saudara Islam Masjid Dalam Masyarakat Kristien yang dihadiahkan seorang Muslim dari Jawa Dalam perjalanan saya dari Danau Toba, di puncak pergunungan menyusuri jalan berliku dan bergunung ganang, penuh dengan harapan untuk sampai segera ke bandar Medan. Dalam perjalanan yang penuh dengan cabaran ini, dari bunyi tayar kereta yang menyebabkan supir atau pemandu berhenti, kemudianya kunci yang tertinggal dalam kereta dalam keadaan pintu kereta terkunci. Dalam perjalanan in,i setelah selesai melawat kejadian Allah, akan tasik di atas gunung ini, sekali lagi kereta Kijang yang membawa kami mengalami kerosakan pintasan letrik dari batery. Kami sekali lagi terpaksa berhenti hampir sejam lagi, untuk baikinya. Dalam masa yang suntuk untuk solat jamak yang belum ditunaikan. Kami terus perjalanan dengan sekali lagi berharap akan bertemu tempat sembahyang dalam perjalanan ini, hanya gereja yang kelihatan. Akhirnya kami ternampak masjid di tepi jalan. Papan tanda tertulis, Masj...

Lembaga Kerukunan Umat Beragama DiBentuk

Image
Mujahid Sebelah Uskop Agung Medan Wakil Wali Kota Sebelum Forum Bermula Perwakilan Makaysia Bersalaman Bapak Wali Kota Medan Makan Beriringan Perwakilan Thailand Bergambar Bersama Dr Ismail Lutfi(Thailand) Mohd Afandi(indonesia) Wakil Wali Kota Medan . Indonesia menjadi tuan rumah kepada forum Kerukunan Umat Beragama Kota Kota Asia Tenggara, Malaysia yang diwakili Ahli Parlimen YB Dr Mujahid Yusof Rawa, telah berjaya membincang dan membuat keputusan untuk bersama menjadikan agama sebagai alat pembangunan sosial, politik dan ekonomi yang lebih aman dan berwawasan, sekaligus menepis provokasi pihak yang melebelkan agama sebagai agen teror. F0rum yang berjalan selama sehari di kota Medan, Indonesia, telah dihadiri oleh 150 peserta dari pelbagai suku dan agama. Kehadiran mereka ini menunjukkan satu petanda baru kepada peningkatan minat beragama dan mencari kedamaian dengan agama. Negara Thailand dan Singapore telah bersama menyertai dan menyumbang idea dan pandangan, Thailand yang diwakili...