Prinsip Dan Amanah Masih Ada

Mahfuz sahkan letak jawatan pengerusi GLC
KUALA LUMPUR, 30 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mengesahkan peletakan jawatan beliau sebagai pengerusi anak syarikat kerajaan negeri (GLC), Kedah Sato Sdn Bhd.

Mahfuz memberitahu, surat peletakan jawatan itu telah dihantar kepada pihak syarikat pada 20 Disember lalu, berkuat kuasa serta merta.

“Saya mengaku saya telah melatak jawatan dan surat peletakan jawatan telah pun saya hantar,” kata beliau ketik dihubungi Harakhdaily hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu bagaimanapun enggan menjelaskan sebab perletakan jawatannya sebaliknya berkata, pihak pengurusan Keda Sato sudah sedia maklum alasan beliau bertindak demikian.

“Sebab peletakan jawatan saya, semua pihak kena tanya pihak pengurusan Kedah Sato dan juga lembaga pengarah Syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB) dan saya tak boleh bagi apa-apa penjelasan kepada media buat masa ini dan saya nyatakan dalam surat, alasannya adalah seperti yang semua sedia maklum,” katanya.

Kedah Sato merupakan anak syarikat Bina Darulaman Berhad.

Beliau juga berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak juga sudah mengetahui perkara tersebut.

“Saya percaya Datuk seri Azizan sudah maklum berkenaan perkara ini kerana saya sudah pun menghantar surat,” katanya.

IDENTITI PAS.

Kalau benar seperti apa yang di hebahkan, sebab Mahfuz letak jawatan kerana tidak bersetuju dangan pemilihan tender secara salah telah berlaku pada Kedah Sato. Berbahagialah PAS, kerana berjaya melahirkan pemimpin yang berperinsip dan amanah.

Ahli politik Malaysia sudah dikenali dengan perangai pecah amanah dan tiada perinsip dalam kerjaya maupun jawatan. Sebelum 1990, UMNO pernah canang, 'Kalau siapa pun yang pegang jawatan, mereka juga akan lakukan perkara yang sama' merujuk kepada sikap tidak amanah dan tidak berperinsip ahli politik BN, yang dilakukan pemimpin yang membuat kekayaan peribadi dan maksiat berterangan. Tujuan kempen mempercayaai Tahyul dan Kurafat UMNO ini , menakutkan rakyat supaya tidak menukar pemimpoin negara.

Setelah Tuan Guru Nik Aziz jadi MB Kelantan, PAS berjaya buktikan, dakwaan itu karut dan tahyul dan Kurafat UMNO. Dengan pakaian, Kereta dan rumahnya, MB Kelantan PAS, membuktikan PAS, sebagai Gerakan Islam, melahirkan pemimpin berprinsip dan amanah berbanding dengan UMNO.

Pada tahun 2004, selepas Pilihanraya Umum, PAS Kelantan diserang kuat, dan sehingga memerintah Kelantan dengan majoriti 1 kerusi, kata orang, seperti telur hujung tanduk. PAS tetap berjaya menamatkan penggal tersebut, tanpa dapat dibeli oleh UMNO walaupun seorang YB PAS ( Sepanjang tempuh penggal tersebut, riuh berita arus perdana, dan berita angin UMNO bahawa, sudah ada YB PAS yang berjaya dibeli).

Peristiwa ini menjadikan pihak politikus Kristien dan pimpinan Gereja di Sabah dan Sarawak , menyanjung tinggi akan ahli PAS yang berperinsip dan amanah. Mereka luahkan sendiri, dan didengar oleh telinga saya, ketika saya mengikuti rombongan Dr Mujahid berkempen kesana.

Iman bukan hanya pada Ustaz, tapi semua mereka-mereka yang menyertai PAS sebagai Gerakkan Islam! Mereka layak memegang jawatan dan memimpin.

Comments

Popular posts from this blog

George Lafaz Syahadah Bawah Kilau Pedang Khalid Al Walid

Ritorik Ulama, Logik Profesional

Pengalaman Kenal Kawan dan Lawan